Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 22, 2009

Syurga Cinta....

Aku baru je balik dari menonton filem "Syurga Cinta" ok. Memula plan nak pegi malam esok. Tapi, cannot sabar dah weh sebab hati aku meronta-ronta nak tengok Awal berlakon. Before wayang start, aku tak der lah nak expect too much pun pada filem ni sebab aku tengok trailer die pun biase-biase je pun. Tapi, bile dah tengok, aku bagi 4 bintang ok. Kalau Heliza berlakon ok aku up lagi bintang nye. Tapi, tu lah kan cara Heliza bercakap cam ikut skrip sangat. Tak natural. Tak per Heliza, lain kali buat lagi bagus eh. Bagi nasihat kat Heliza cam lah Heliza baca blog aku.

Tapi, serius lah cerita ni memang kelakar giler ok. Sumpah kelakar tau. Maybe sebab ade Haziq kot and Awal pun pandai wat lawak dalam citer Syurga Cinta ni. Aku gelak memang tak der cover-cover punya lah. Sesuka hati aku je gelak kuat-kuat. Tapi, di samping gelak-gelak tu, ade gak lah adegan sedih nye. Aku ni dah lah sensitif. Tu lah betapa besar nye kuasa tuhan, bila mana cinta boleh merubah hidup seseorang itu.

Bagi aku, tahun ni, ini lah filem paling bagus Ahmad Idham telah hasilkan. Tak setuju ngan aku tak per, semua orang ade pandapat masing-masing kan. Ade aku kisah? Hehehehe.





Hensemnye Irham

Sinopsis

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.


Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.


Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ‘misi’nya. Melihat ‘ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.


Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.


Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma “suka-suka” dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.


Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??


Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA….

Antara scene yang paling best :

  • Masa Irham kat dalam masjid tengah solat and kat luar masjid masa tengah tunggu Heliza. Aku nangis dowhhh masa ni. Jiwa sensitif. Biase lah kan.
  • Masa Irham mintak maaf ngan Heliza tapi, Heliza cakap die dah maafkan Irham walaupun Irham tak bersalah. Serius aku nangis masa ni. Nampak sangat Syuhada tak berdendam dengan Irham walaupun Irham sakitkan hati die depan kawan-kawan Irham.
  • Scene last sekali masa Irham main piano. Hati aku cair ok kalau lelaki main piano ke gitar ke. Alahai Irham.
  • Masa part Irham melamar Syuhada pun aku suka gak. Tetiba dok bayang Syuhada tu aku. Hahahaha. Bengong.

Itu je lah setakat ni yang aku terfikir, nanti-nanti lah aku tambah lagi eh.

Akhir sekali, tatap lah gambar aku ngan Boyfriend baru aku ni eh. Mwahahahahaha.


No comments: