Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 05, 2009

Photoshoot di Senja Hari

Semalam aku tak gi keje. Aku ni nama je tak keje tapi kena gak keluar jadi driver abah ngan mak. Ingat kan nak beristirehat lah kat rumah kan. Memula pagi tu, gi hantar Syida gi keje sebab minah tu malas nak bawak kereta gi keje. So, pagi tu aku hantar die and petang die balik ngan abah. Lepas aku dah balik tu, aku ingat boleh lah rileks kan. Tapi, abah ketuk pintu bilik suruh siap-siap sebab abah mintak tolong ambik abah kat Auto Connexion PJ sebab abah nak hantar Land Rover abah kat situ. Then, aku bawak kereta abah gi ambik abah kat situ. Land Rover kena tinggal kat situ. Then, terus gi Pusat Bandar Damansara sebab abah nak gi buat passport. Dah nak gi Medan 10hb ni baru hegeh-hegeh nak buat passport.


Lepas tu, sementara nak tunggu passport siap, gi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Lama giler tak gi makan kat situ. Ramai betul lah umat manusia kat situ. Lepas makan, terus gi Pusat bandar Damansara balik sebab abah nak ambik passport yang dah siap. Aku tak masuk parking pun. Aku just parking kat luar je. Aku siap suruh mak aku jangan tido sebab takut ade polis kan. Tapi, aku tido boleh? Hahaha. Kejam ok. Hahahaha.


Lepas passport abah dah siap, hantar abah gi Auto Connexion balik. Tinggal abah kat situ and kitorang meneruskan perjalanan ke Sri Munawwarah pulak sebab nak beli tudung and seluar palazzo. Aku beli seluar palazzo warna coklat and mak beli yang warna hijau. Tudung pulak aku ambik yang warna hitam, mak beli warna peach. Habis RM500 saje beli dua helai tudung and dua helai seluar. Tapi tak per, puas hati sebab memang sedap pun pakai tudung and seluar Munawwarah.


Lepas tu, terus balik rumah and keluar balik gi tailor mak nak ambik baju yang dah siap. Then, balik rumah hantar mak balik rumah. Then, aku and siti keluar balik gi lepak minum-minum. Balik rumah dah senja and siti telah menjalankan sessi photoshoot untuk kakak nye yang comei ni.






Minah ni dah boleh bawak TD5 ok. Memang berani ok. TD5 tu dah lah besar giler. Tapi, die ni memang berani. Tahniah lah yer pada awak Syida sebab berani. Berape banyak berani daaaa aku pakai. Aku dulu dah lama dapat lesen and bawak kereta baru berani nak bawak Fortuner and TD5 ni. Tapi, Syida baru je bawak kereta dah berani bawak TD5. Sila kagum dengan Syida ok. Mesti minah ni kembang-kembang hidung sebab aku puji die melambung. Hahahaha.

No comments: