Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 25, 2009

Ke Sunway Pyramid

Entry ni dah agak basi dah. Outing ni masa minggu sebelum puasa lagi. We all keluar pegi Sunway Pyramid nak pegi menonton wayang cerita Ghost of Girlfriends Past. Asal nye, kitorang nak keluar Girls je. Tapi, Umar pun nak join sekali. So, ok lah kan. Kalau Umar ade best sikit boleh ambik-ambik gambar sekali. Hahaha. Umar die rajin sikit mengangkut DSLR. Kitorang kalau keluar tak rajin sangat nak mengangkut DSLR.

We all keluar pepagi lagi sebab wayang nye pukul 11 pagi. So, dalam pukul 9 lebih dah keluar sebab malas nak terkocoh-kocoh kan. Sampai kat Sunway Pyramid, malas nak cari parking, kitorang masuk valet parking je. Malas nak fikir-fikir dah. Then, jumpa Ain ngan Nor kat depan Crocs. Then, terus masuk Marks & Spencer sebab Ain nak cari kemeja untuk boss die yang nak pindah dah. Untuk pengetahuan semua, ceh, cam lah semua nak tau kan. Tak per, aku nak bagitau jugak. Ain dah pindah jabatan dah. Die dah tak satu jabatan ngan aku dah. Die dah pindah jabatan lain. Aku suka lah masuk Marks & Spencer sebab baju-baju kat dalam ni semua plus size punya. So, aku agak suka lah kan. Dalam Marks & spencer pun bebudak ni sibuk nak snap-snap gambar. Nasib baik lah pekerja kat situ tak marah. Hahaha.

Then, kitorang masuk Charles and Keith pulak gi tengok-tengok kasut. Tak beli pun. Just try-try je. Tak minat ah kasut die. Hahahaha. Padahal tak der duit nak beli cakap je lah. Syida ngan Nor boleh lah geng. Hampir kesemua kasut die boleh try kat situ. Kitorang yang menunggu kat luar ni dah bosan giler dah. Lepas tu, baru lah naik TGV gi menonton wayang. Nasib baik cerita best. So, tak regret lah pegi tengok pun.

Lepas gi tengok Wayang, gi lepak makan kat Pappa Rich pulak. Makanan kat situ not bad lah. Gambar makanan tak der pulak kat sini. Nanti lah balik rumah aku letak gambar makanan. Huhuhuhu. Korang rindu tak nak tengok gambar aku? Meh aku letak gambar banyak-banyak sampai korang termuntah. Hahahaha. Ade orang jauh tu komplen aku dah tak letak banyak gambar dalam blog. Ni aku nak letak lah ni.


Tengok lah ni diorang bergambar bukan nak ajak aku sekali.

Same tak? Hahahaha. Orang dalam gambar tu nama nye Nora Arifin gak. Tu yang Nor ambik gambar die ni haaa. Konon nye orang dalam gambar tu die. Mane spek ko Nor? Opsss, lupa lak eh ko pakai contact lense. hahaha.

Awat hang nampak kurus dalam gambar ni? Ok, ok aku tau tu hanya lah camera trick. So, aku tak der lah jeles sangat.

Si tembam yang comel. Hahahaha. Perasan di situ.


Hang ingat hang model ke Syida oiiii? Masa ni lah yang kitorang tunggu Syida ngan Nor yang mencuba hampir kesemua kasut kat dalam C & K.

Alalalalala, comel sangat lah tu buat muka camtu Umar weh.


Dah tak der keje sangat gi ambik gambar kat escalator.

Muka kelaparan tapi maintain comel.



Last-last masa dah nak balik dah ni. Terserempak lah pulak ngan Kakak Comel tengah makan dengan buah hati nya di Wendy's. Kakak comel ni classmate ngan Siti adik aku. So, dah ade kamera, ape lagi kan, kite snap lah sekeping dua gambar.

Ok lah eh. Tu je lah update aku untuk kali ni. Nanti-nanti lah aku update lagi.


No comments: