Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 18, 2009

On the way back to Kelantan

Hi u all semua. Ape khabar eh? Camane tatau nak mulakan blog ni pun dah tatau dah. Haahahaha. Tu lah lama sangat bercuti from blogging world ni kan. Sampai dah tatau nak update ape.

Camni je lah yer, kite start dari perjalanan nak balik kampung je lah eh.

Jumaat - 3.30 pagi.

Asal nye, nak gerak balik ke Kelantan, hari khamis pukul 10 malam. Tapi, segala plan hancur musnah sebab Syida kena keje sampai pukul 11 malam. Tapi, minah tu end up balik pukul 1.30 pagi. So, kitorang yang kat rumah ni memang sempat tido semua kan. So, bile Syida dah balik tu, terus siap-siap makan untuk sahur. Then, dalam pukul 3 pagi terus turun dari rumah nak balik Kelantan. Walaupun dah bersahur kat rumah, tetap jugak berenti kat mcd tapau ape-ape yang patut untuk di makan sebelum habis waktu sahur. Hahahaa. Masuk tol Gombak dalam pukul 3.30 pagi. Alhamdulillah dapat merasa tol free. Alaaaa, RM8 aje pun yang free. Then, bile dah sampai kat tol karak yang dekat ngan Bentong tu, nampak kereta dah bersusun kat depan. Dua kilometer lagi nak sampai simpang masuk Bentong, jalan dah penuh ngan kereta. Tak leh jadi ni. Terus abah potong kereta depan and masuk simpang Bentong tu. Tapi, terus abah patah balik masuk LPT sebab jalan memang jem giler. Ingatkan bile keluar awal pagi cam kitorang ni tak banyak lah kereta nye. Tapi, banyak jugak kereta. Bile masuk LPT tu terus hilang tension sebab jalan pun smooth je. Tapi, tol LPT ni tak dapat lah free nye kan.

Berenti solat subuh kat hentian rehat Temerloh kalau tak silap aku lah. Lepas solat Subuh, terus gerak arah Terengganu. Sampai Kuala Terengganu dalam pukul 9 pagi. Then, singgah rumah Nyoh sebab nak melawat Ayah Ngoh. Ayah Ngoh sakit ape aku tak ingat lah. Sesambil melawat Ayah Ngoh tu, sempat jugak lah landing-landing and terus tertido. Dah nak makan tak leh kan. End up pukul 12 tengahari gerak ke Kelantan. Sampai Kota Bharu dalam pukul 3.30 petang. Ok lah kan, not that bad lah kan sebab we all berenti Kuala Terengganu lagi kan. Tak der lah penat sangat.

Sampai KB, ape lagi kan, terus tido. Dah nak dekat bukak puasa baru bangun. Hari ni bukak puasa makan nasi kukus aje. Senang cerita. Tak yah masak-masak. Belah malam pulak, Siti teringin nak makan kek kat secret recipe pulak dah. So, kitorang pun ke KB Mall lah malam hari jumaat tu. Tapi, kat Secret Recipe tak der pulak slice cake. Kek yang ade pun semua dah di tempah oleh orang untuk raya. Kempunan ok minah tu. Hahahaha. End up, pegi mcd makan sundae je. Then, terus pegi ke Wakaf Che Yeh sebab nak beli brooch. Pegi sane nak beli brooch semata-mata je. Jalan punya lah jem giler. Tapi, redah je. Umar yang bawak. So, selamber je redah. Hahahaha.

Lepas tu, terus balik rumah. Tak der gambar untuk aktiviti hari ni. Malas nak ambik gambar.

No comments: