Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Entry hari sebelum raya aku skip je lah. Tak der ape nak cerita pun sebab memang tak der ape-ape sangat melainkan kemas-kemas rumah semua kan. Raya kali ni, memang family aku je yang balik Kelantan. Family Mak Long ngan Makcik raya kat KL. So, memang agak tak meriah lah rumah atok aku. Pagi raya tu, masa mak aku kejutkan kitorang tu, aku terus bangun nak gi mandi semua kan. Sekali, tengok-tengok adik aku dok bakar satay kat dapur. Ok, aku sangat kagum ngan Umar ok. Hahahaha. Mane lah die pernah bakar-bakar satay ni kan. Sekali kena bakar satay. Ambik ko kena asap-asap semua. Lepas aku siap mandi, solat subuh semua. Aku tolong Maksu aku potong-potong nasi impit and sediakan meja nak hidang makanan semua kan. Lepas semua dah siap-siap pakai baju semua, kitorang makan dulu. Then, baru lah sessi bermaaf-maafan sebelum pegi sembahyang raya. Memang dah jadi kebiasaan dalam family aku, kitorang mintak maaf dulu before solat raya. Lepas sessi mintak maaf semua, kitorang gi solat raya kat masjid depan je ngan rumah atok aku. Lepas solat raya, terus naik bilik siap-siap pakai tudung semua and bergambar raya. Jangan muntah darah ok tengok gambar raya kitorang. Banyak giler nak upload ni. Hahahaha.


Bergambar ngan atok

Gambar ramai-ramai ngan jiran tetangga atok sekali. Hahahaha.

3 Gadis bersama paksu a.k.a Castello

Siti potong birthday cake. First raya hari tu birthday die.

Ngan Aisy Addina anak paksu.

Ngan anak-anak Kak Norma. Same pulak theme colour kitorang tahun ni.

Bergambar kat jambatan depan rumah Tok Ngah

Amboi-amboi anak dara Datuk

Memang tiap-tiap tahun wajib ambik gambar kat tiang rumah atok. Hahahaha.

Tok Nyah kesayangan

Cam nak gi kawin je adik aku sorang ni haaaa.

Tok Har kesayangan

Biler dah tengahari, lepas gi rumah Tok Ngah and Mok Nab, terus balik rumah atok, mandi-mandi and rehat kejap. Then, sambung pulak gi beraya rumah adik angkat aku kat Pasir Mas.





No comments: