Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 19, 2009

Aktiviti Sabtu



Pepagi semua pakat lepak atas katil aku. Macam-macam cerita keluar. Pasal farmville lah open house lah ape lah. Semua lah. Then, aku kerah semua adik-adik aku pakat gi ikut aku keluar ngan Nor gi appointment doktor kat Kepong. Sementara tunggu Nor ade appointment ngan doktor, kitorang lepak dulu breakfast kat Baker's Cottage.

Lepas Nor dah habis urusan, we all terus terjah Ikano ngan Ikea. Nak pegi Brand's Outlet ngan Crocs. Lepas tu, terus terjah Ikea. Bukan sebab nak shopping kat dalam ikea pun. Tapi, sebab nak memenuhi tuntutan perut memasing yang teringin nak makan meatballs, chicken wings dan daim cake. Gambar yilek pocik. Umar malas nak usung DSLR.

Lepas tu, terus balik Sungai Buloh. Tapi, before that singgah basuh kereta dulu. Then, terus balik rumah and lepak-lepak kejap tunggu mak balik rumah sebab mak pegi kenduri kawin. Mak aku ajak sebenarnya pegi kenduri kawin. Tapi, malas aku nak tukar-tukar baju. Huhuhuhu. Lepas mak dah balik, baru hegeh-hegeh siap nak gi open house kat rumah Auntie Ropiah sebelah rumah. Mak aku gi naik kereta sebab nak bawak atok aku. Aku, Nor, Syida ngan Siti jalan kaki ikut pagar sebelah rumah aje. Kat rumah Auntie Ropiah kitorang tak makan sangat sebab dah kenyang giler. Tapi, ade durian. So, kitorang bantai makan durian. Sedap giler ok. Cam makan durian kat tepi jalan je. Husband Auntie Ropiah, lepas bukak satu, bukak pulak lagi satu sampai panuh meja kitorang ngan kulit durian.

Lepas tu, terus kitorang pegi rumah Vanitha pulak kat Jalan Klang Lama. Vanitha ni kawan Syida masa study dulu. Kat rumah Vanitha kitorang makan nasi minyak. Sedap ok kari ayam die. Tapi, nasi makan sepinggan je. Memang tak leh nak masuk dah.



Lepas balik dari rumah Vanitha, kitorang terus ke Bukit Mahkota Bangi nak gi rumah sepupu aku pulak. Kitorang konvoi 3 buah kereta. Kat rumah sepupu aku ni die buat masakan western. Memang sedap lah sebab kitorang ni memang kaki makan masakan western. Dua buah rumah before this, asyik lah makan nasi minyak lah ape semua kan. Bile dapat makan western sedap nye lah. Die buat simple je pun menu nye. Antara menu yang ade, spagetti, potato salad ngan mashed potato. Lagi satu, masuk-masuk rumah die je ko rasa cam masuk lovely lace. Rumah die ni die buat gaya english style. I like ok.







Lepas maghrib je terus mintak diri sebab nak gi rumah sorang lecturer ni die ade buat open house. Tapi, open house nye pun dah gaya-gaya orang buat kenduri kawin. Rumah nye pun lawa giler. Aku makan laksa ngan nasi impit je pun kat rumah die. Ade macam-macam makanan sebenar nye. Tapi, malas yang amat nak angkat bontot nak ambik makanan.

Lepas makan, kitorang meronda masuk rumah die yang lawa tu. Teruja muka masing-masing. Hahahaha. Bile fikir balik kelakar pun ade. Dalam pukul 10 lebih mintak diri nak balik and pegi rumah Lan pulak. Die buat kenduri tahlil. Pukul 11 lebih baru reti nak angkat bontot nak balik. End up, pukul 12 lebih baru sampai rumah.








No comments: