Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 19, 2009

Open House Situ Sana Sini

Tajuk post tak hengat. Cam lagu Dato' Siti. Hahahaha. Hari ahad pun open house merata-rata nak kena pegi. Start dari pagi sampai lah ke tengah malam. Penat badan ok asyik jalan jek. Memula pagi tu pegi rumah Abang Azzam. Die bukan buat open house pun. Die just buat makan-makan jemput kawan-kawan die. So, kitorang pun menyibuk lah same. Menu kat rumah Abang Azzam die buat sphagetti ngan roti jala. Kari ayam Kak Ya masak memang marvellous ok. Sedap giler. Banyak giler aku makan roti jala. Selain makan, kitorang cam whoring lah ape lagi kan. Dah semua pun kaki gambar kan.




















Lepas dah puas lepak-lepak kat rumah Abang Azzam sampai kol 2 lebih. Terus balik rumah hantar Siti sebab die malas nak ikut gi rumah Kak Zura. So, kitorang berempat pegi rumah Kak Zura. Kak Zura masak nasi dagang, roti jala ngan mihun sup. Kat rumah Kak Zura tak ambik gambar pun sebab nak cepat sebab nak gi Bangi pulak rumah Mummy. Mummy ni kawan mak ngan abah masa diorang study kat England dulu merangkap mak angkat kitorang. Masa dah nak balik kitorang masuk dapur mummy yang bak kata Nor sebesar low cost house. Umar lah dok bukak-bukak peti ais rumah mummy.





Kitorang dah biase dah kat rumah Mummy. So, dah jadi cam rumah sendiri dah. Peti ais rumah mummy memang sentiasa penuh je ngan coklat. Tu yang masing-masing teruja lebih tu. Dah nak balik tu, masing-masing dapat lah habuan coklat. Aku paling suka dapat toblerone giant. Dah nak dekat kol 7 tu, kitorang mintak diri nak balik dah sebab nak pegi TTDI Jaya pulak lepas tu rumah kawan Nor, Boy. Kat rumah Boy makan laksa Johor, nasi impit, rendang ayam, rendang daging. Then, dessert die penuh meja ok. Dengan puding caramel, kuih cara, kuih koci, trifle, kek coklat, buah and cupcakes. Dah rupa buffet kat hotel dah. Lepas borak-borak semua, terus gi ambik Ain kat Sek 17. Then, hantar Ain balik Sek 8 and tukar kereta.

Lepas tu, tak habis lagi open house nye ni. Padahal dah pukul 10 malam dah pun. Kitorang terus ke Saujana Utama pulak sebab nak gi rumah Abang Eddie. Menu die yang special ialah nasi kerabu ngan laksa kelantan. Sedap giler ok. Bertambah-tambah ok aku makan. Lepas rumah Abang Eddie, pegi rumah sepupu aku lagi sorang ni. Dok dekat-dekat ngan rumah Abang Eddie jugak. End up, pukul 11 lebih baru kitorang balik rumah. Penat giler ok. Balik-balik tu, bukan tido terus. On laptop dulu tengok tanaman. Hahahhaa. Giler farmville dah aku ni skrg ni.


No comments: