Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 11, 2009

Dinner with family and friends

Hari sabtu mak bawak aku gi lunch kat Eastin Hotel. Sebenarnya, bukan semata-mata bawak je tapi mak nak suruh aku ambik gambar persatuan die tu haaaa. Persatuan Suri Anggun. So, aku menyibuk lah same lunch ngan diorang. Makan kat Eastin ok lah not so bad dan murah jugak. Tapi, sebab makan free kan sebat je lah kan. Sebenarnya, aku yang kena bawak kereta abah and konvoi bawak kawan-kawan mak yang 5 buah kereta yang tatau jalan nak ke Eastin Hotel. Tapi, alhamdulillah aku terselamat dari bawak kereta berkonvoi sebab kebetulan abah ade lunch appointment ngan kontractor kat Eastin Hotel jugak. Aku ni mane lah reti nak bawak slow slow kan. Ini kan pulak lah nak bawak orang berkonvoi sekali. Jangan harap lah kan. Gambar kemudian lah aku masukkan. Gambar semua dalam laptop kat rumah.

Lepas balik dari Eastin, Yaya ade kat rumah. So, lepas dah sampai rumah tu terus bawak Yaya pegi KFC pulak to have late lunch. Die tak makan lagi kot masa aku sampai rumah tu. Dah kena sound ngan bapak nye baru nak bawak anak buah makan. Ape daaaa Syida. Lepas dah balik dari KFC, aku lepak tengok tv. Ajak Syara tido tapi die tanak sebab nak layan Azfar makan KFC. Lepas Azfar dah habis makan, aku paksa jugak die masuk tido kat dalam bilik Syida sebab tanak die cranky malam nanti.

Lepas maghrib je we all siap-siap sebab nak pegi dinner ngan kawan-kawan kat Chilli's OU. Biler dah sampai kat Chilli's tu, punya lah ramai waiting list nye. Sangap ok menunggu. Sampai dalam pukul 8.30 malam. Dapat meja dalam pukul 9.45 malam. Lama giler kan. Tak der ape sangat nak cerita. Tengok gambar je lah yer. Gambar makanan pun tak banyak sangat yang dapat snap sebab sampai-sampai makanan je semua terus ngap je. Tak sempat nak ambik gambar makanan.


Syara with Paksu

Ateh


Pasangan merpati dua sejoli






Masa kat Chilli's malam tu, ramai lah pulak sambut birthday. So, dapat idea nak buat untuk Syida. Merah padam muka bile pekerja chilli's bawak dessert siap ngan lilin. Siap tanya lagi birthday sape ni? Hahahahaha. Syida buat lawak ok.



No comments: