Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 13, 2010

Melaka - Day 2

Pagi tu bangun, we all semua yang perempuan ni siapkan sandwich untuk sarapan. Lepas makan, kitorang siap-siap sebab pagi ni nak pegi jelajah Melaka Bandaraya Bersejarah. Jelajah konon. Umar bawak we all ikut jalan short cut sebab nak elak jam kat Bandar Melaka. Tapi, alhamdulillah masa we all sampai kat Menara Tamingsari pun trafik berjalan lancar lah. Tak der jem pun. Parking pun senang je dapat. Masa sampai tu dalam pukul 10 pagi lah aku rasa. Memang panas membahang. We all terus tuju ke Menara Tamingsari dulu. Excited nak naik ok sebab tak pernah naik pun. Jangan kate aku, Umar yang dok kat Melaka pun tak pernah naik. Ini kan aku pulak nak naik kan.

Lepas tu we all pegi lah berduyun beli tiket. Tipu je berduyun-duyun. Selalu nye kalau ade trip diorang memang hulur duit je kat aku. Aku je yang akan beli kan tiket untuk diorang. Harga nak naik menara tu RM20. Tapi, kalau anda warganegara Malaysia, tunjuk ke MyKad, dapat separuh harga. So, save budget di situ. Kak Basirah ngan Abang Razali je kena bayar RM20 sebab bukan warganegara Malaysia.





Bergambar beramai-ramai dulu before naik menara


Keluarga Shrek








Lepas dah turun dari Menara Tamingsari, we all terus pegi A Famosa. Nasib baik tempat-tempat yang we all nak pegi tu walking distance je. Tak payah susah-susah naik kereta and nak cari parking lagi kan. We all jalan kaki je pegi A Famosa. Tak naik pun bukit A Famosa tu. Just ambik-ambik gambar kat bawah je. Tak koser nak mendaki. Masa sekolah dulu dah naik cukup lah kan. Tak yah naik banyak-banyak kali.

Bulat nye mata Myra







Jangan tiru aksi merbahaya ini. Bukan senang weh nak buat anak. Hahahaha.

Serius nye Syara

Lepas bergambar kat A Famosa tu, diorang nak naik beca. Aku tak naik kot. Malas aku. Kalau jalan lagi bagus. Leh bakar lemak. Muahahahaha. Statement tak leh blah ok. Aku yang bujang-bujang ni jalan je ngan Abang Razali and Kak Ya, Abang Azzam. Jumpa diorang kat bangunan merah. Ape ke name bangunan nye tak ingat lah.



Sampai kat Bangunan merah tu bukan nye jalan-jalan kat bangunan merah tu pun. Sebab panas sangat, we all pekena cendol famous kat situ. Memang sejuk rasa badan makan cendol. Abang Razali belanje makan cendol. Aku belanje karipap. Karipap kat situ memang sedap. Siap beli bungkus lagi. Hahahaha.

Paksu pun berkenan gak ngan topi Syara

Suka Pak Long dapat makan cendol yer

Lepas makan cendol, terus pegi ke arah Melaka River Cruise. Sampai je sane, kaunter tiket tutup lah pulak sebab hari jumaat kan. Orang rehat sembahyang jumaat. So, kitorang lepak-lepak lah dulu. Sementara menunggu tu, kitorang masuk spa ni and try fish spa. Geli geleman aku ok kaki kena gigit ngan ikan-ikan tu. Gambar tak ambik sebab kaki besar gajah. Malu nak publish. Hahahahaha.

Lepas dah berfish spa semua, nak dekat pukul 2.30 petang dah. Keluar dari Spa, tengok orang punya lah ramai beratur. Abang-abang aku semua bukan nak beratur. Aku jugak lah yang kena beratur. Huhuhuhu. At last, dapat jugak naik cruise tu. Lepas je beli tiket, terus naik cruise. Tak payah tunggu cruise lain pun. Naik cruise ni sempat lah aku lelap kan mata jugak. Tapi, tak der lah lena sangat sebab panas kan.










Gambar beramai-ramai

Gambar ramai-ramai freestyle

Lepas dah habis round semua, time to go home. Tapi, before that singgah makan Pizza Hut dulu sebab Abang Razali ngan Kak Basirah nak makan Pizza Hut. Kat Bangkok ade jugak pizza hut tapi, non halal lah. Tu yang diorang nak makan jugak tu before balik Bangkok.Bersungguh-sungguh betul diorang makan tau. Lepas makan, terus balik rumah and berehat sebab belah malam nak keluar pulak pegi kat Menara Tamingsari sebab nak tengok member-member aku perform malam ni. Tapi, ngan diorang tak ambik pun gambar sebab memang tak bawak kamera. Malam tu pulak kitorang pegi makan KFC. Itu pun sebab Abang Razali nak makan jugak sebab kat Bangkok tak halal KFC nye.

Gambar bawah ni gambar bonus untuk tatapan reader Dramatic

Bulat kan mata saya? Pipi pun gebu kan cam kuih apam kan?

No comments: