Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 11, 2010

Penang - Day 2


Penang - Day 2

Bangun tido tu, Syida ajak pegi swimming kat bawah. Tapi, malas aku. Syida swimming pun ade agenda. Aku kat dalam hotel elok je sambung tido lagi. Hahahaha. Nak dekat pukul 10 pagi baru siap-siap sebab diorang nak turun breakfast kat Subway Sandwich kat bawah hotel ni. Lepas makan Subway, diorang tapau starbucks pulak. Then, pukul 11 pagi dah kena check out dah.

Lepas check out, terus pegi Toy Museum. Memang kitorang enjoy giler-giler ok kat Toy Museum. Banyak giler ok gambar kitorang ambik. So, sila jangan muntah darah ok tengok gambar yang super banyak.




















Lepas dah habis jelajah Toy Museum, kitorang hala ke Bukit Bendera pulak. Aku ni mane lah pernah naik Bukit bendera tu tau. Bile dah sampai kat Bukit Bendera tu, abah pegi lah tengok tiket train. Then, nak naik nye dalam pukul 5 petang. Tapi, masa tu baru pukul 2.30 petang. Memang tak sanggup ok nak tunggu. End up, we all tak naik pun Bukit Bendera. Tak kuasa nak tunggu lama-lama kat situ. Panas mencucuk-cucuk. Tak sanggup weh. We all bergambar kat bawah tu je.




Lepas tu, we all pegi tokong ular pulak. Tak masuk pun. Just tengok-tengok kat luar je. Geli aku tengok Ular. Nor pulak boleh die menjerit cam orang kena histeria masa orang tu nak letak ular kat bahu die. Aku pulak, awal-awal dah lari sebab aku geli and takut. Huhuhuhu. Fobia aku weh.

Lepas tu, terus we all gerak pegi terminal feri. Saje je nak naik feri. Malas nak drive kereta.





Lepas dah sampai kat seberang, terus hala ke rumah Kak Nita sebab Kak basirah nak jumpa Kak Nita. We all makan malam kat rumah Kak Nita. End up, lepas borak-borak semua, we all gerak dari rumah Kak Nita dalam pukul 9 malam. Terus balik Sungai Buloh. Memang tak der berenti mane-mane pun. Sampai rumah pukul 1 pagi. Sampai-sampai, terus mandi and tido sebab esok nak pegi Melaka pulak.

No comments: