Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 25, 2010

Hong Kong - Day 3

Hari ketiga ni sekali lagi we all masuk dalam Disneyland sebab kitorang kan tido kat Disney Hollywood Hotel. So, tatau lah die buat promotion ke ape ke kan. Stay 2 nights, free 1 day pass masuk ke dalam Disneyland tu. So, excited lebih lah kan. Walaupun Disneyland Hong Kong ni paling kecik kat dalam dunia ni kan. Kitorang tak peduli sebab tak puas sangat dok dalam tu. Lepas je check out, kitorang letak beg kat hotel. Then, naik bas ke Disneyland. Masuk-masuk je kitorang tanpa berlengah lagi, pegi beratur nak ambik gambar ngan Mickey and Minnie. Orang kate, tak sah kan kalau masuk Disneyland tak ambik gambar ngan depan berdua ni kan. Beratur lah kami di tengah-tengah panas terik matahari.


Ko tengok tu Minnie kena peluk ngan abah aku. Bukan main lagi eh.


Apahal aku pegi peluk Mickey Mouse tu?

Lepas dah ambik gambar ngan pasangan Mickey and Minnie ni, we all pun bergegas lah pulak ke Tomorrowland ni. Yer lah kan, dah kate semalam, hari ni nak habis kan masa kat Tommorowland pulak kan. Masa sampai kat Tommorowland ni, ternampak lah pulak Si Buzzlightyear ni. Terus beratur nak ambik gambar ngan Buzzlightyear ni. Syara dah menghilang dah masa ni. Almaklum je lah kan, die mane boleh tengok Buzzlightyear ni punya tempat. Sure nak masuk nak main tembak-tembak. Hahahaha.




Yer yer je ko ni eh Umar. Berangan je lebih

Lama jugak we all lepak kat luar tempat Buzzlightyear ni. Syida, Umar ngan Abang Farid siap main Space Mountain lagi. Aku tak der lah nak naik permainan berunsur roller coaster ni. Memang tak lah kan. Aku, Siti, Abang Azzam ngan Syara pegi naik kereta kat Autopia. Itu je lah pun. Nak masuk Stitch Encounter tapi, lama lah pulak nak tunggu. So, end up pegi lagi ke Fantasyland. Kitorang memang suka je lepak-lepak kat Fantasyland. Rasa cam betul-betul duduk kat dalam dunia fantasy. Masa on the way ke Fantasyland tu, ternampak lah Woody ni haaaa. Sian tak der orang nak ambik gambar ngan die. Walaupun dah tangkap gambar dah ngan mamat ni semalam, tangkap je lah sekali lagi kan. Tak rugi pun. Hahaahaha.



Lepas tu, jumpa pulak Queen of Heart watak dalam Alice in Wonderland. Aku tatau pun watak ni sebeno nye. Tapi, almaklum je lah kan, aku ni excited terlebih bile tengok watak-watak kartun ni kan. Ko tengok Syara tu, die boleh buat muka cuak ngan Queen of Heart ni. Hahahaha. Tah ap2-ape je Syara ni tau.

Abang farid konon nak buat muka cam Queen of Heart tu. Hampeh tak jadi ok. Azfar pun muka cam cuak je. Ape yang diorang ni takutkan Queen of Heart ni pun aku tatau lah. Hahahaha.

Lepas tu, kitorang terus pegi masuk ke Fantasy Garden. Kat sini die ade banyak pondok-pondok tau. Setiap pondok tu mewakili satu watak kartun. Mula-mula masuk tu nampak Minnie Mouse. Aku tak de lah nak sangat bergambar ngan Minnie Mouse ni sebab masa pagi-pagi tadi dah ambik ngan Minnie ni kan. Tapi, Umar yang saje je menggedik nak ambik gambar ngan Minnie. Disebabkan die cameraman kan, terpaksa lah aku mengikut je. Huhuhuhu.












Lepas ambik gambar ngan watak-watak kartun, kitorang masuk Mickey Philharmagic sekali lagi.


Masa ni kat dalam kedai cenderahati Disneyland

Kitorang sempat lah jugak tengok Waterworks parade masa 2nd day ni. Semalam dok kat belakang-belakang kan masa parade. Masa 2nd day ni, kitorang pilih untuk dok kat bahagian depan. Memang meilih untuk basah. Hahahaha. Overall memang enjoy habis sebab kan cuaca panas kan. Bile dah kena air tu rasa nyaman je.



Ini lah bukti nye baju kami yang habis basah kena air. Azfar jugak yang best. orang dok bising-bising dengan parade semua, die boleh tido ok. Penat sangat lah agak nye tu.

Abang Farid lagi lah kuyup habis baju die

Cubaan meniru gaya Minnie Mouse

Kami happy di Disneyland. Anda bile lagi?
Comei Syara buat kaki gitu


Lepas dah keluar daripada Disneyland tu, we all pun terus balik Ke Disney Hollywood Hotel sebab nak pegi ambik luggage. Then, ambik cab terus pegi ke Kowloon Hotel. Perjalanan nak ke Kowloon Hotel tu memakan masa lebih kurang setengah jam je. Memang aku kagum gile ok tengok rekabentuk bangunan kat Hong Kong. Then, bangunan die pulak dekat-dekat je.





Sampai-sampai kat Hotel, kitorang terus masuk bilik masing-masing. Bilik adalah sedikit sempit. Tapi, disebabkan senang nak ke mane-mane kalau dok kat hotel tu, kitorang pun ok je lah kan. Tapi, satu bilik diorang bagi je 4 adult masuk. So, abah booking 3 bilik. Sedang elok je lah kan.

Belah malam lepas je dinner kat dalam bilik hotel, kitorang pun turun lah dalam pukul 7.30 malam sebab nak jalan pegi ke Avenue of stars sebab nak tengok Shymphony of Lights. Tak der ape sangat show nye. Biase-biase je. Tapi, kagum jugak lah tengok pancaran laser semua kan.






Lepas dah tengok Shymphony of Lights, terus lah kami yang teruja nak shopping ni pegi ke Mongkok sebab nak shopping kat Ladies Market. Tapi, kitorang shopping souvenir je kat sini. Hahahaha. Pegi Mongkok naik MTR. Tapi, balik dari Mongkok terpaksa naik teksi sebab ade orang cranky. Hahahaha. Bukan budak yang cranky. Orang tua ok yang cranky sebab kaki dah sakit nak berjalan banyak-banyak. Hahahaha.






Akan Bersambung..............




3 comments:

Car Loan Caculator said...

Syoknya, ada peluang melawat ke Hong Kong dan Dinsneyland !!!

Car Loan Caculator said...

Hahaha !!!!

eddi said...

Cantiknya gambar Disneyland di Hong Kong, baru tau sana ada.