Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 23, 2010

Hong Kong - Day 1



Actually, plan nak ke Hong kong ni memang last minute punya keputusan. Booked tiket pun cam lagi sebulan nak pegi. Alhamdulillah, tiket pun tak de lah mahal sangat pun. Kitorang pegi satu family 12 orang. Kitorang naik Air Asia.

We all bertolak hari ahad 23hb Mei 2010.

*********

Pagi ahad tu, seawal pukul 9 pagi abah dah siap-siap pegi hantar adik-adik aku for the first trip. Means, diorang kena tunggu we all yang 2nd trip ni pulak. Abah akan balik rumah lah after that. Then, baru lah my friend hantar we all yang 2nd trip ni pulak ke LCCT. Lepas semua dah berkumpul, we all buat group check in. Alhamdulillah, semua nye berjalan lancar. Before masuk departure hall, isi perut dulu kat Taste of Asia. Makan nasi ayam je pun. Tapi, cam biase je nasi ayam die. Tak menarik pun. Tapi, sebab nak makan nasi. So, redha je lah. Jangan merungut depan rezeki. Huhuhuhu.






Lepas dah makan semua, we all pun masuk lah departure hall. Masuk2 dalam departure hall memang tak tunggu lama pun terus dapat boarding masuk flight. Dalam flight memang aku tak tido langsung pun. Maybe sebab excited kot nak sampai ke Hong Kong. Syara pulak berpuluh-puluh kali tanya bile nak sampai, bile nak sampai. Aduhai. Penat nak jawab. At last tido jugak budak kecik tu. Azfar pulak sibuk ngan colouring book die. The day before, Auntie Sya dah siap-siap beli kan 2 colouring books to keep Syara and Azfar entertained dalam flight. End up memang ok lah Azfar dalam flight.








Lepas 4 jam, alhamdulillah selamat sampai Hong Kong International Airport. Proses semua berjalan lancar. We all ambik 3 teksi untuk membawa kitorang ke Disney Hollywood Hotel. Check in hotel pun semua berjalan dengan lancar. Then, naik lah kami ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, we all dapat bilik yang sebelah menyebelah. Mintak connecting room tapi tak dapat lah pulak.






Bilik memang besar. Ade two double bed. Kitorang ambik 3 bilik.







Lepas dah snap-snap gambar bilik. Masing-masing dah kelaparan. So, kami pun bukak lah bekalan yang kitorang bawak. Nasi Goreng Ayam made in Malaysia. Siap bawak makanan ok. Susah nak cari makanan halal kat sini. So, solution nye bawak lah makanan dari Malaysia. Lepas makan bekalan yang di bawak, kitorang pegi berjalan-jalan kat area hotel. Memang cantik lah hotel ni waktu malam. We all turun-turun je dari bilik, dah ade goofy dah kat bawah. Ape lagi, ambik lah gambar barang sekeping dua buat kenangan.





Then, we all lepak-lepak kat taman area hotel tu ambik-ambik gambar lagi.


















Lepas dah puas bergambar, we all pun naik lah bilik masing-masing untuk tido sebab esok pengembaraan bakal bermula. Disneyland, here we come.

No comments: