Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 10, 2012

Cerita ku

Setelah sekian lama blog ni tak ber update, rasa macam hari ni nak ber blog pasal perkenalan dengan husband saya lah pulak. Actually, memang saya dan husband saya kenal dalam masa yang sangat singkat dan keputusan untuk berkahwin pun di ambil dalam masa yang sangat2 singkat jugak. Hehehehe.

Perkenalan saya dengan husband saya bermula pada tahun 2010 di alam maya. Segala nya bermula di YM atau pun Yahoo Messenger. Suami saya mula menegur saya 'Hi'. Ia memakan masa yang agak lama untuk saya membalas teguran suami saya itu. Almaklum saje lah kan, masa tu saya agak glamour lah jugak di ruangan chatting YM tu. Ok, ok, mode perasan. Hahahaha. Setelah 15 atau 20 minit baru saya balas YM suami saya tu. Tu pun sepatah die tanya, sepatah saya jawab.

Then, agak lama saya tak berchatting dengan suami, die kembali menegur saya, lalu bertanya, boleh kite "couple"? Dalam hati saya, gile ke ape mamat ni? Dah lah tak kenal, tiba2 je nak ajak couple. Memang tak boleh blah. Saya tanya lah die balik, awak tak kenal saya, selamber je eh nak mintak jadi "couple. Then, die balas, saya dah lama kenal awak. Tapi, awak je yang tak kenal saya. Eh, tetiba hati saya berdebar2. Dalam hidup saya ni, tak pernah lah pulak ade stalker. Tetiba pulak ade mamat ni jadi stalker. 

Then, baru lah die cerita hal sebenarnya, die kenal saya melalui tulisan2 saya di blog. Tiba2, saya rasa die lelaki yang sangat sweet sebab baca blog saya. Agak lama jugak die baca blog saya daripada tahun 2007 sebelum mengambil keputusan untuk mengenali saya dengan lebih dekat. Setelah mengenali suami di alam maya, die pun meminta kebenaran untuk berjumpa dengan saya di alam realiti. Saya pun bersetuju untuk berjumpa dengannya dengan syarat saya akan berjumpa dengannya bersama adik saya di kedai mamak di Sungai Buloh. Hehehehe. Ok, first date kami di Kedai Mamak Maju Ahmad sambil di temani oleh adik ok. Agak lama jugak lah saya berbual dengan die. Pada pandangan saya, suami saya ni memang seorang yang suka gelak dan suka membuat orang gelak. Dan malam itu aku balik ke rumah dengan satu senyuman yang sangat bermakna. Dalam tidur pun agak nye tersenyum je. 

Keesokannya, saya dapat call  daripada die, kata nya hendak berjumpa lagi dengan saya. So, saya letak syarat, kalau nak jumpa lagi dengan saya, die harus ambil saya di rumah ibu bapa saya. Die tanpa banyak soal, terus bersetuju dengan syarat saya. Keesokan harinya suami saya muncul di halaman rumah mak saya untuk mengambil saya keluar berdating lah konon nya. Dan hari tu jugak lah saya dan suami declare kan diri kami sebagai pasangan kekasih. Saya masih ingat lagi tarikh masa tu, 31 July 2010. 

Alhamdulillah, pada 30 July 2011 kami berdua telah selamat bertunang. Alhamdulillah, kedua2 belah keluarga kami memberkati hubungan kami berdua. Dan Alhamdulillah, kami tidak mengambil masa yang lama untuk melangsungkan perkahwinan. Pada tanggal 18 Nov 2011 kami telah selamat bergelar sepasang suami isteri. 










Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada tanggal 2 Januari 2012, saya mendapat khabar gembira sekali lagi kerana saya telah di sahkan mengandung 5 minggu. 



Doakan saya ye kawan2. 

2 comments:

aZeeMaH said...

lorrrr...wujud lg blog ni eh :P

eyzzah said...

Wujud ah.