Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 23, 2013

Aktiviti Hari Minggu

Sekarang ni kalau mummy nak update blog pun memang mummy akan update masa kat ofis je. Kat rumah memang jangan harap lah nak pegang laptop. Asal pegang laptop je, Amani dah sibuk same nak pegang laptop jugak. So, memang kena update kat ofis je. 

Jumaat (20 September 2013)

Lepas balik kerja tu, Ateh Amani ajak pegi Butik Rins Suzanna open day. Die nak pegi cari pelamin untuk majlis die bulan 1 ni. Pegi lah we all semua (atok, wan, adik mummy, ayah amani ngan Amani) ke Butik Rins Suzanna kat Taman Melati. Sampai sane terus pegi tengok pakej photography ngan pakej kad kawin. Ateh Amani ambik pakej photography ngan pakej kad kawin masa kat open day tu. Pelamin tatau lagi nak ambik kat Rins Suzanna ke tak sebab kena kira balik budget. Lama jugak lah kitorang kat sane. Amani good girl sangat tido je sepanjang masa kitorang dok bincang itu ini. Siap vendor catering buat food tasting lagi. 

Lepas dah bincang ape semua, nak dekat pukul 1130 malam jugak we all balik. We all org last yg ade kat situ. Lepas tu abah ajak lepak minum kat Maju Ahmad. Mummy makan roti arab je malam tu. Kat Maju Ahmad ni Amani dok diam je ngan Galaxy tab die. Amani ni jenis kalau tak nak suap, better jgn di suap. Sekali suap die makan, habis lah kite nak makan pun tak senang. Die akan terjerit2 nak makan. Lambat suap makanan masuk mulut die pun haru satu kedai makan tu. Die punya menjerit kuat tau. So, better tak payah suap. Nak suap boleh je. Tapi, lepas mummy atau ayah dah habis makan lah. So that we all boleh concentrate suap Amani. 






Lepas tu, terus balik rumah and tidoooo. Penat giler rasa. Adik mummy yg nak kawin, mummy yg penat ke hulu ke hilir. 


Sabtu (21 September 2013)

Hari ni bangun awal sebab nak pegi Kuliah Dhuha kat Masjid dekat ngan rumah Wan ngan Atok Amani. Mummy bawak Amani sekali pegi dengar kuliah dhuha.  










Hari ni mummy excited terlebih sebab nak pakai kan Amani baju kurung. Masa hari raya hari tu mummy ade jugak pakaikan baju kurung kat Amani tapi, masa tu die tak pandai jalan lagi. Kali ni pakaikan die baju kurung best lah sebab die dah pandai jalan terkedek2 kan. Habis di pusing nye bahagian belakang masjid tu. Kalau boleh, satu masjid die nak pusingnye. At last, dah penat sangat agak nye plus memang dah masa tido Amani. Tido jugak akhirnya Amani kat dalam Masjid tu. Setelah penat mengukur masjid. 







Dah habis kuliah dhuha, terus pegi kenduri kawin Sam. Sam ni kawan mummy masa kecik2 dulu. Selalu petang2 we all ronda2 motor same2. Hahahaha. Sekali ngan Oyin lah. Mummy naik motor ngan kawan mummy Oyin. Sam naik ngan Kawan die lagi sorang Shahrul. Sam ni lelaki tau. Budak lagi masa tu so tak kisah kawan ngan lelaki pun kan. 

Kat kenduri Sam tak ambik gambar pun lagi pun pengantin tak sampai lagi pun. Kena pegi cepat kenduri Sam ni sebab nak pegi kenduri kat Keramat lagi. Lepas kenduri kawin Sam, terus balik rumah. Ingatkan nak balik kejap je nak tukar baju Amani. Sekali, sempat lagi tido seround. Hahahaha. Dapat lah Semua orang tido lebih kurang sejam. Bangun tido, solat Zuhur terus gerak pegi Keramat pulak. Amani dok ngan Wan kat depan. Duduk atas riba wan, bagi makan biskut, wan dodoi2 terus tido balik. 

 
Lepas kenduri kat Keramat, terus hala ke Bangi sebab mak angkat mummy buat majlis doa selamat sebab die nak gi Mekah tunaikan haji. Dalam kereta sempat lagi tu dok ambik2 gambar dengan Amani. Makin cheecky anak dara Mummy ni tau. Geram sangat. Dah pandai nak gelak2 depan kamera. 


Lama jugak lah lepak kat rumah mak angkat mummy. Lepas maghrib baru we all gerak balik. Balik tu ingatkan nak gi dinner kat Homst TTDI. Tapi, masing2 dah kekenyangan, terus balik rumah and Amani main ngan sepupu2 die sampai tido malam tu pun menyusu kejap je terus lena Amani tido sampai ke pagi. Tu memang penat sangat2 lah tu.


22 September 2013 (Ahad)


Bangun pagi ni pegi breakfast kat Kedai Kak Lin kat Paya Jaras. Hari ni Kak Syara ade sekali. Die jadi anak mummy ngan ayah Amani hari ni. Pagi ni mummy breakfast makan kuew tiaw hailam. Memang tak pernah miss order kuew tiaw hailam kalau mummy breakfast kat sini. Masa makan tu pulak Amani tengah tido. Lagi lah mummy boleh menikmati makanan kan. Hahahaha.


 
Lepas makan, ayah Amani bawak Kak Syara ngan Amani pegi tengok kura2 kat pasar tani Paya Jaras sebab tatau nak buat ape sementara nak tunggu kedai gunting rambut bukak sebab mummy nak bawak Amani pegi potong rambut. Mummy tak tahan dah tgk rambut Amani dah panjang sangat. Serabut jadi nya. Masa pegi tgk kura2 tu, kakak yg jual tu tanya lah, anak2 akak ke ni? Mummy pun jawab je lah ye, anak2 akak. Kenape? Die kate, sorang ikut muka ayah, sorang ikut muka mama die. Hahahahaha. Aku senyum je lah. 

Dah pukul 10 lebih tu, terus pegi gunting rambut Amani. Amani punya rambut memang mummy bawak pegi potong kat saloon sebab mummy memang tak berani nak potong sendiri. Takut senget benget. Sekali potong RM8 tau. Punya lah susah nak gunting rambut die. Kena umpan makan biskut baru ok die tak banyak sangat gerak. 


 

Lepas gunting rambut, terus balik rumah lepak2 kejap. Pukul 12.30 tengahari keluar balik ke Paradigm Mall. Saje je jalan2 kat sini sebab boring dok rumah. Pegi kali ni Kak Syara ikut sekali. Seronok lah jugak mummy Amani sebab ade orang nak melayan Amani. We all makan kat Seoul Garden. Disebabkan hari ahad, so kid eat for free. Amani pulak memang good girl lah memang tido je die sepanjang2 masa mummy makan.







Lepas makan, bawak budak2 ni pegi main kat kids section kat tingkat berape tah.  Then, Ayah Amani belanje Kak Syara buku kat Popular. Pilih je nak buku mane. Ayah Amani belanje. Amani baru je dapat buku so stop kejap ye beli buku Amani. Nanti kite beli lagi k bulan depan. 








Lepas dah beli buku, lepak pulak minum chattime. Then, Auntie Sya kate nak belanje Amani beli kasut. Tapi, mummy pilih sandals untuk Amani. Sebab kasut dah banyak dah. Kalau sandals boleh Amani pakai pegi rumah babysitter.


Malam jugak lah we all balik rumah. Balik rumah pulak Wan masak nasi goreng petai malam ni. Fuhhhh, nampak sedap tapi, mummy tak makan pun nasi goreng petai tu. Wan dah siap2 asingkan dah nasi goreng ikan bilis. Lepas makan lepak ngan ayah amani dalam bilik dok bincang pasal plan bulan Januari nanti. Tak sabar tau mummy nak bagitau. Nanti2 lah yer mummy bagitau. And lagi satu nak bagitau, we all semua dah beli tiket flight nak balik Kelantan for raya next year. Murah sangat2 ok. RM5 per person. 


 Entry ni di akhiri dengan gambar budak kecik yg excited baru dapat sandals baru. Punya lah ke hulu ke hilir dlm bilik siap pakai sandals baru lagi. Ajak tido tak nak. Sabar je lah mummy ko ni nak.




 


No comments: