Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 20, 2013

First Time Dating Without Amani

Semalam ialah hari dating mummy ngan ayah amani. Mummy saje2 je nak belanje ayah amani semalam. Memang saje tak bawak Amani semalam. Balik kerja terus pegi Subang Parade. Pegi pun tak jauh ngan Shah Alam. Kalau pegi jauh takut ambik Amani malam sangat pulak. Alhamdulillah, dapat pulak babysitter yg ok. Yang sanggup jaga Amani sampai malam time mummy ngan ayah dating kejap. Tu pun asyik lah dok ingat kat Amani. Tapi, mummy ngan ayah bukan selalu pun buat mcm ni. Ni lah first time keluar dating Amani tak ikut sekali. Selalu2 memang bawak je. 

Sampai kat Subang Parade tu, terus masuk Manhattan Fish Market. Lepas order2 semua, maka kami suami isteri ni bergambar lah kan. Kalau ade anak, asyik ambik gambar anak je. Hahahaha. Bile berdua ni boleh lah nak ambik gambar berdua. 



Tak lama lepas tu makanan yg di order pun sampai. Masa tu memang perut tgh lapar giler. Terus makan. Fuhhhh. Tu pun tak habis jugak. Ikan, sotong, udang, Chips semua tu habis lah. Nasi je yg tak habis. Ayah Amani tak suka sangat nasi die sebab rasa cam butter rice kan. Entah. Aku pun tatau.







 Lepas dah habis makan, mummy pun ajak ayah pegi jalan2 sambil nak cari seluar Amani. Hari tu mummy berazam tak nak online shopping je kan. Shopping kat luar ni tetap jugak kena buat. Walaupun Amani tak ikut, upah kena tinggal tetap kena ade. Bukan ape, seluar Amani kebanyakan dah senteng. Tu yang kena beli jugak tu. Nanti anak mummy tak pakai seluar pulakkan.  Comel2 pulak tu seluar yg mummy belikan. Hahahaha. Puji lah diri sendiri yer. Hahaha. Dah sape lagi nak puji kan. Puji je lah diri sendiri. Comel and murah2 pulak tu. Geram sangat tgk baju baby ni lah. Rasa nak ade baby lagi sorang pulak. Wan kate lepas ni kalau ade baby, tak yah beli baju dah. Pakai je lah baju kakak die yg berlambak2 ni. Kalau baby girl boleh lah wan oiiii. Kalau baby boy takkan nak pakai pink2 ni semua. Tak rela i tau. Then, kat concourse ade MPH buat pameran buku sampai 50% diskaun buku. Mummy grab lah satu buku untuk Amani. Balik nanti nak ajar Amani. Mummy kena rajin lah. Kalau malas, beli buku mahal2 pun tak guna. 



Lepas dah habis semua, dalam pukul 8 lebih dah pegi ambik Amani. Tak leh lah weh nak ambik lambat2. Mummy rindu sangat dah. Balik tu babysitter bagitau Amani tak tido daripada petang tadi sebab asyik nak main je. Masuk je kereta, mummy bagi milk, terus Amani tido. Sampai rumah, ateh usik pipi ape semua memang takde nak bangunnye minah kecik tu. Penat sangat2 lah tu main je keje nye. End up, pukul 12 tengah malam die bangun nak main. Ayah pun tak nak layan sangat. Nanti jadi kebiasaan pulak kan. Baby kena tido yg cukup baru lah bangun pagi die cergas nak buat aktiviti ape pun kan. End up, ayah tutup semua lampu, mummy bagi milk, terus Amani pun hanyut ke alam mimpi. Amani skrg ni kalau nak susu, die akan cakap mek mek mek. Mummy assume die cakap milk milk milk lah tu. Sebab mummy selalu tanya die kalau die nak susu, nak milk ke? Nak milk ke? Tu yg die pun mek mek mek. 

Sekian lah dulu cerita dating2 mummy ngan ayah amani. Boleh lah nak dating jarang2 kan let say sebulan sekali ke kan. Kalau selalu sangat kesian pulak kat Amani tu asyik kena tinggal je kan.



 

No comments: