Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 20, 2013

Last day in KB

Today is our last day in KB. Hari untuk balik KL. Rasa cam kejap je dok kat KB. Hahahaha. Memang kejap je pun kan. Hari ni memang plan nak gerak balik awal pagi sebab otw nak balik KL tu nak singgah Muadzam Shah, Pahang dulu sebab nak pegi melawat bapak mertua mummy amani kat sane. Bapak mertua mummy baru lepas operation sebab tu ayah amani tak ikut sekali balik Kelantan. Kalau tak melawat, tak sedap hati lah pulakkan.

So, pagi hari Malaysia ni bangun awal dengan penuh semangat mandi ape semua. Dah siap mandi baru anak dara mummy bangun. So, mandikan die dulu. Lepas dah mandikan die, turn mummy die pulak bersiap. Dah settle semua, baru gerak dari rumah atok. Breakfast dulu kat Kedai Kopi Din Tokyo. Seperti biase, Amani makan nasi tumpang tak habis pun sebungkus. Mummy lah kena habiskan. Mummy makan nasi berlauk, telur taliban. Telur taliban ni telur masak separuh. Tapi, kat situ diorang panggil telur taliban. Tatau sebab ape.

Lepas makan, meneruskan perjalanan ke Muadzam Shah, Pahang. Gerak dalam pukul 9 pagi lah jugak. Sampai kat Muadzam dalam pukul 3 petang. Fuhhhhhh, sampai2 adik ipar aku dah siap masak. Adik ipar aku masak memang sedap. Menu hari tu ikan talapia masak pecal, ikan talapia masak tempoyak. Memang terangkat lah lauk. Adik2 ipar aku semua pandai masak. Kakaknye ni haaaa kurang pandai. Tapi, boleh lah kan daripada tak tau langsung.

Lepas dah habis makan semua, lepak2 kejap then pegi rumah mokde husband aku kat sebelah rumah bapak mertua nak gi tgk anak die baru lepas bersalin. Dapat baby girl. Memang tak ambik gambar pun ngan baby. Amani tgk pelik je kat baby tu. Bile tgk baby tu menyusu, die pun same sibuk nak menyusu gak ngan mummy die. Lepas dah borak2 lebih kurang, terus mintak diri. Tapi, lepak lagi kat rumah bapak mertua sebab abah masa tu tengah tido kat atas rumah. Mak aku mintak kat husband aku suruh ambik air kelapa pulak. Amani bukan main suka minum air kelapa. Habis setengah gelas die minum. 

Lepas dah minum air kelapa semua, dalam pukul 6.30 ptg terus mintak diri nak balik KL sebab takut nanti sampai KL lewat kan. Amani tak dan nak naik kereta die dah siap terlelap dah. Penat sangat lah tu agak nye. So, aku bawak dulu kereta. Tapi, kejap je aku bawak sebab sampai kat Felda Palong die dah bangun. Kalau bangun dok diam takpe. Ni siap ngan pakej nangis lagi tu yg mummy tak leh nak bawak kereta tu. Terus atok take over bawak kereta. Tapi, atok bawak lalu kot jalan jauh. Waaaaaaaaa, terus jadi lambat sampai rumah sebab atok bawak lalu ikut rembau. Pastu, jem lagi kat highway nak hala ke Seremban tu kan. End up pukul 12.30 tengah malam baru sampai rumah. Borak2 ape semua ngan adik aku, kesudahannya aku tido pukul 1.30 pagi. Esok dah lah keje.


 

No comments: