Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 17, 2013

Trip back to Kuala Terengganu and Kota Bharu, Kelantan (15 Sept) - Day 3


Ahad (15 September 2013)

Bangun subuh tu, terus mandi dulu sementara Amani tengah tido lagi. Dan minah kecik ni bangun karang, nak mandi pun tak sempat jadi nye. Lepas Mummy dah siap2 mandi, baru kejut Amani, mandikan die semua, pakai baju baru, Hahahaha. Perlu ke nak cakap pakai baju baru kan. Hahahahah. Terus pegi breakfast kat tempat favourite atok, wan ngan mummy. Kat mane lagi kan kalau bukan Kedai Kopi Din Tokyo. Kat situ, mummy suap Amani makan nasi tumpang. Sedap betul die makan nasi tumpang ye. Sebungkus habis die makan sorang. Mummy makan sikitttttt je. Lepas Amani makan, mummy pulak makan. Kat sini die takde baby chair. So, makan pun kena bergilir. Mummy bagi wan makan dulu. Lepas wan dah habis makan, baru wan pegang Amani and mummy pun boleh lah nak makan kan. 



 Lepas dah habis breakfast terus hala ke Tanah Merah ngan Pasir Mas sebab abah nak pegi tengok tanah yg abah nak sewa. Abah ade projek sikit nak buat ngan Abg Isham. Amani pulak seperti biase bile perut dah kenyang maka, die pun tido je lah kat car seat. Kalau die bangun pun die akan duduk ngan wan die kat depan sebab Wan Amani suka makan biskut kat dalam kereta. Amani ni kalau org makan, memang pantang die. Mulut die pun menganga2 mintak di suap. Mummy boleh rileks kat belakang. 




Bile dah tengahari, singgah makan kat KFC Stadium. Ni memang acara wajib kalau balik Kelantan. Makan free kan sape tak nak. Lepas dapat makan free, we all ke rumah maksu mummy pulak. Saje je pegi sebab dah lama tak jumpa. Lepas tu, singgah pulak pegi rumah sepupu mummy kat belakang rumah maksu. Memang besar giler lah rumah die baru siap. Rasa best sangat dapat bau rumah baru. Feel die memang lain. Ni yang buat mummy tak sabar nak buat rumah ni. Amani punya suka lah pegi rumah sepupu mummy tu sebab ade banyakkkkkk mainan.



Lepas tu, hala pegi rumah tok ngah mummy pulak dekat ngan rumah atok mummy. Pegi pun nak jemput kenduri kawin ateh Amani. Then, nak dekat pukul 7 jugak balik. Amani balik2 terus mengantuk. Tapi, mummy mandikan Amani dulu. Malam tu memang tak keluar sebab Amani dah tido awal. Tak sempat nak suap Amani makan. Malam tu pukul 9 malam die dah terjaga. Siap main2 ngan anak paksu. 







Rambut Amani malam tu mummy ikat pokok kelapa. Memang dah rimas giler dah tgk rambut Amani. Tapi, Amani jenis tak suka mummy ikat2 rambut die. Tak suka pun tetap jugak mummy buat.













1 comment:

ayahmamilisa said...

wah jalan sakan ek mommy amani and fam..hehe..good girl amani..tak merengek pon ek even jalan jauh :)