Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 17, 2013

Trip back to Kuala Terengganu and Kota Bharu, Kelantan (13 Sept) - Day 1

Jumaat (13 Sept 2013)

Hari jumaat tu mummy amani ambik cuti half day sebab nak bertolak ke Kuala Terengganu petang tu. Nak pegi Terengganu pun sebab nak pegi kenduri kawin dua pupu mummy amani kat sane. Masa bertolak petang tu, hujan turun lebat sangat. Ingatkan nak makan dulu kat kedai makan bawah pokok kat Paya Jaras tu. Wan Amani suka makan kat situ sebab makanan die sedap. Tapi, disebabkan hujan lebat, maka plan terpaksa di batalkan.

We all meneruskan perjalanan. Atok Amani ikut jalan Duke. Mummy Amani dah start tido dah masa ni sebab Amani dah selamat tido dah dalam car seat die. Memang balik kampung kali ni mmg sengaja bawak car seat kalau tak lenguh lah Mummy Amani nak riba Amani. Sampai kat Jalan Gombak nak hala ke Karak tu, Atok Amani singgah makan Mcd sebab kat situ je yg senang nak makan. Ingatkan Atok Amani nak drive thru je sekali Atok Amani berenti sebab Atok Amani mengantuk pulak.

Dah settle makan semua, meneruskan balik perjalanan terus ke Kuala Terengganu dalam pukul 4 lebih. Hujan lebat sangat masa ni. So, bawak kereta pun kena slow je. We all berenti solat asar kat RnR Temerloh. Masa ni Amani tido dalam car seat die. Lepas solat asar, Atok Amani suruh Mummy Amani bawak sebab atok mengantuk. Mummy bawak tak lama mane pun sekali Amani dah sedar dah. Wan ambik riba then bagi makan biskut. Lepas makan biskut menangis nak kat Mummy maybe sebab haus kot. Mummy die je yg boleh hilangkan haus die. Terpaksa lah tukar driver. Kesudahannya Atok Amani bawak lah sampai ke Kuala Terengganu.

Sampai Kuala Terengganu dalam pukul 1030 malam. Memang tak sampai hajat nak pegi majlis nikah dua pupu Mummy kat Masjid Kristal. Sampai2 terus pegi cari makan. Atok Amani nak gi makan maggi ketam kat Achu Corner kat Pantai Batu Buruk. Layan je lah. Amani masa ni baru bangun. Muka pun monyok je masa ambik gambar.


Lepas dah habis makan terus check in kat Pantai Batu Buruk Inn. Hahahaha. Check in kat rumah makcik aku daaaaa. 

No comments: