Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 17, 2013

Trip back to Kuala Terengganu and Kota Bharu, Kelantan (14 Sept) - Day 2

Sabtu (14 September 2013)

Bangun awal pagi ni lepak2 main2 ngan Amani. Then, masak bubur untuk Amani sementara tunggu sepupu mummy pegi beli nasi dagang. Atok Amani kalau dah sampai Ganu memang wajib cari nasi dagang. Amani pulak masa mummy masuk bilik, die dah tido dah dengan wan. Mummy pun sambung lah baca buku cerita sampai lah sepupu mummy balik dari beli nasi dagang. Lepas makan semua, lepak2 lagi dalam bilik lepas mandi kan Amani. Amani masa ni memang berlengging je sebab panas. Lepas je menyusu, Amani tido. Mummy tatau nak buat ape, mummy pun tido sekali. End up, pukul 12 baru siap2 nak pegi kenduri kawin dua pupu mummy tu. 

Sampai kat kenduri kawin tu, terus mummy jumpa ngan Mamilisa. Mamilisa ni actually Mummy dah lama dah kawan ngan die. Tapi nye, boleh tatau dalam pada berkawan tu sebenarnya Mamilisa ni sebenarnya dua pupu mummy. Kecik nye lah dunia ni. Ini lah jadi nye kan bile tak kenal sedara sendiri. Masa sampai tu pengantin tengah bersanding. Terus mummy ajak Mamilisa bergambar memandangkan anak masing2 semua in a good mood kan. Baik lah kite bergambar. Nanti bile anak2 semua dah in a bad mood ape2 pun tak boleh buat. Hahahaha. Sebenarnya, mummy yg beriya2 nak bergambar. Anak2 rileks je. Hahahaa. Atok Amani ngan Ayahlisa yang jadi photographer. 





Lepas dah ambik2 gambar semua, Mummy pun pegi lah makan. Lepas makan semua, baru sempat nak ambik gambar ngan pengantin. Baju pengantin sangat cantik. Suka mummy tgk. Pelamin pun cantik sangat2. Memang pesen skrg lah pelamin cam tu. Takde panel2 dah skrg ni. Diorang guna kain je.



Lepas dah ambik gambar, lepak pulak kat luar ngan sepupu2 abah. Yg Amani pulak sibuk lah nak naik jambatan kat taman kat rumah Mamilisa tu. Pantang lepa je mesti dah nak panjat tangga. Mummy penat sikit lah nak kawal Amani sebab Ayah Amani tak ikut sekali pegi Ganu ni. Selalu nya, Ayah Amani je yg rajin melayan anak kesayangan die ni. 


Lama jugak lah lepak. Then, terus mintak diri nak balik sebab nak balik Jertih lagi lepas ni. Daripada kenduri ni terus balik ke Jertih. Tapi, on the way tu sempat jugak tu singgah beli keropok lekor. Wan Amani kalau balik Ganu kalau tak beli keropok lekor memang tak sah. Otw ke Jertih tu Mummy ngan Amani membuta je kat belakang. Sedar2 dah sampai dah. memula pegi rumah Ayah Chor dulu sebab nak bincang pasal tanah. Pastu, alhamdulillah memang rezeki kitorang lah sebab dapat makan durian. Amani memula mummy sua kat die durian, bukan main menggeleng. Ingatkan nak jadi geng ateh die geng anti durian. Sekali, sua kali kedua, nak lah pulak minah kecik ni. Bukan main lagi die ye. Tapi, mummy tak bagi banyak lah. Bagi Amani rasa hujung2 lidah je. Tak berani nak bagi banyak2.

Dah nak dekat maghrib, baru lah gerak pulak ke rumah sepupu aku Kak Na dekat Padang Luas. Dah lama rasa nya tak pegi rumah Kak Na sampai tak kenal dah rumah die yg mane satu. Sampai sane, terus solat asar. Then, mandikan Amani and lepak2. Kak Na jamu kitorang makan malam. Masa kat rumah Kak Na ni bukan main lagi Amani dok hello hello. Die ingat die nak hello ayah die lah tu sebab selalu kalau ayah die call mummy, mesti mummy akan loudspeaker bagi Amani dengar suara ayah. Masa ni die tengah pegang bungkusan berisi marshmellow. Die hala kan bungkusan tu kat telinga die. Die ingat tu telefon agak nya. Lawak lah Amani ni. 

Tengok lah rambut Amani tu. Last trim masa sebelum raya hari tu. Ni dah panjang balik. Alahai, dah nak kena bawak pegi trim balik. Nak trim sendiri kat rumah memang mummy surrender lah. Tak berani sebab nanti takut tak comel rambut Amani. Balik KL nanti memang kena bawak jugak lah Amani pegi trim rambut. 

Lepas makan malam, terus gerak ke KB pulak. Bile gerak malam mummy adalah orang yg paling happy sebab Amani tido je sepanjang perjalanan balik ke KB. Senang mummy pun nak tido sekali. Hahahaha. Sampai KB, borak2 lebih kurang ngan atok mummy. Terus tido masing2 sebab keletihan. Esok ade banyak tempat lagi nak pegi ni. 

1 comment:

ayahmamilisa said...

alahai nape comey sangat anak2 kite ney..cute bangat tengok pic dorang berdua tu..hahaha :)
mommy amani, mekasih datang tau :)