Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 23, 2013

Amani admitted to Prince Court Medical Centre (PCMC) - Part 1

Lama betul rasa tak update blog. Aku tak update bukan sebab busy ke ape. Tapi, sebab Amani masuk hospital. Aku cerita kronologi lah ye camane Amani boleh masuk hospital ni k.

Rabu (16 oct 2013)

Aku dah start keje dah hari ni. Amani aku tak hantar kat babysitter lagi. So, Amani ateh die jaga. Husband, mak ngan abah aku ade lah sekali jaga Amani. Pepagi diorang dah keluar pegi rumah mak long nak makan lontong. Then, lepas tu diorang pegi Klang sebab nak tanya pasal canopy adik aku nak kawin. Lepas tu pulak pegi klinik sebab syida punya kuku boleh pulak tercabut. So, diorang terus ke Klinik Tajuddin kat Kampung Baru.

Lepas tu, diorang terus shoot ke Shah Alam sebab nak beli baju untuk family nak buat kenduri kawin januari ni. Aku pulak kan keje kan. So, lepas office hour kol 5 tu terus aku ke Jakel jumpa diorang kat sane. Masa tengah2 dok syok pilih2 kain tu, Amani pun tgh dok syok jugak berjalan ke sana ke sini. Tiba2, Amani dah berguling2 atas lantai sambil menjerit2. Aku angkat die, sekali ade staff die cakap, kena gigit binatang kot. Amani dok tunjuk2 tangan die. Sekali, aku terkejut ok tgk tangan die. Tangan Amani hangit ok. Dengan kepala die semua hangit. Husband aku dah syak dah memang kena electric shock kat rak kain tu. Masa tu aku yg dukung Amani. Abg aku ajak aku cecepat pegi klinik berdekatan. Memang sekejapan kejadian tu berlaku, aku dah ade dalam kereta abg aku.

Tapi, aku ni dok tunggu2 husband aku tak turun2 lagi. Mane lah pulak husband aku ni pegi. Rupa2nya, die sempat ambik gambar tempat kejadian ape semua. Then, baru die turun bawah ikut pegi klinik ape semua. Dalam kereta sempat hubby cerita pasal kejadian masa hubby ngan my father ambik gambar. Budak promoter Jakel tu cakap kat my husband takde ape2 ni bang. Mane ade arus elektrik. Hubby pun bengang lah kan bile die cakap camtu. Sekali, hubby aku cakap, kalau takde arus elektrik, ko pegang. Tau pun tak nak pegang. Bengang je tau bile org cakap camtu.

Aku masa dlm kereta terus cakap kat abg aku bawak pegi Klinik Ajwa kat Seksyen 7 dekat ngan Restoran Hakim. Tu je yg klinik aku terfikir nak bawak Amani. Dekat setengah jam jugak menunggu nak jumpa doktor. Masuk bilik doktor, doktor check lebih kurang, terus buat surat refer ke DEMC. Aku masa kalut2 tu memang tak terfikir pun nak bawak ke DEMC terus sebab DEMC pun klinik panel UiTM. So, terus lah kitorang ke DEMC. Kat DEMC pun setengah jam lagi menunggu. Masuk2 jumpa doktor pun macam tak membantu sangat sebab petang2 pakar kanak2 dah takde. So, kitorang pun pegi ke Jakel balik sebab family aku pun still ade kat sane.

Abah aku yg settle kan hal kat Jakel ape semua. Diorang pun tak boleh nak buat ape sebab big boss diorang ade kat oversea. They all janji akan call balik abah aku esok. So, ok lah kalau camtu kan. Kitorang pun balik lah. Before balik singgah makan dulu kat kedai mane tah sebab kedai biase kitorang makan tutup lagi sebab raya haji kan. Aku just boleh tunjuk gambar tangan Amani yg melecur tu je. Gambar tempat kejadian aku tak boleh tunjuk.




Khamis (17 oct 2013)


Hari ni aku tak pegi keje sebab aku nak observe Amani kat rumah. Kaki die jadi panas lepas daripada kejadian tu. By tengahari pihak Jakel tak boleh nak bagi jaminan ape2 sebab diorang kate diorang tak boleh nak contact abg diorang kat Oversea. So, we proceed with police report lah. Police report ni bukan untuk ape pun. Just untuk protect diri Amani in case pihak Jakel tak nak bertanggungjawab. So, petang tu husband aku buat police report.


Jumaat (18 Oct 2013)

Hari ni aku ingat nak masuk lewat sikit sebab nak bawak Amani pegi DEMC. Sampai DEMC baru aku decide nak jumpa doktor pakar kanak2. Sekali, doktor pakar kanak2 ade dalam pukul 1030 pagi. So, terpaksa lah aku ambik cuti jugak. Masa jumpa pakar kanak2 ni aku nak mintak lah doktor tu buat medical report dan tulis ape komplikasi2 yg bakal Amani  hadapi selepas ni kan. Masa kat sini, Amani siap kena buat ECG test ape semua. Masa first time buat memang tak berjaya sebab Amani meronta2 menjerit so mesin tu tak dapat baca. 




Buat kali kedua baru berjaya tu pun sebab die tido masa buat ECG test tu. Lepas dah habis urusan terus balik rumah and rest. Memang takde buat ape2 pun hari ni.

Sabtu (19 Oct 2013) 

Bangun pagi takde buat ape. Ingatkan nak pegi beli kain kat Nilai. Tapi, Datuk Faroz, Managing Director Jakel if i'm not mistaken call abah nak jumpa family we all today. So, tukar plan, terus pegi ke Jakel Shah Alam pagi tu dalam pukul 11. Masa kat Jakel, aku macam tak percaya yg kitorang boleh masuk office MD. Macam jakun sakan padahal ofis biase je kot kan. Tapi, sebab Jakel ni tersohor kan tu yg macam ala2 jakun sikit. Lepas bincang2 semua, MD Jakel beri jaminan yg dia akan tanggung semua ape2 kos rawatan yang berkaitan ngan Amani. Dan ade lah die sponsor kitorang satu family.

Lepas dah jumpa tu, pegi pulak kat tingkat 3 sebab Syida nak cari bridal lace nak buat baju pengantin die. Alhamdulillah, dapat diskaun agak banyak jugak lah Datuk faroz tu bagi. Berape banyak diskaun terpaksa di rahsiakan. Tapi, memang agak banyak dan berbaloi2. Settle membeli bridal lace tu pun nak dekat pukul 7 lah jugak. Datuk Faroz siap belanje makan kat Restoran Ikan Bakar Bubu tu lagi. 

Then, terus pegi rumah babysitter Amani untuk pick up Amani. Aku memang sengaja tinggal Amani kat babysitter masa kitorang dok pilih2 kain. Rasa macam serik sangat nak bawak Amani ke sane. Balik malam tu, Amani demam panas. So, husband aku sms lah Datuk Faroz mengatakan Amani demam panas. Then, Datuk balas sms husband aku and suruh kitorang bawak Amani esok pukul 10 pagi ke Prince Court untuk admit  di sana untuk di observe oleh pakar kanak2 Dr Anna. Family aku pun setuju macam tu lah.So, malam tu aku just bagi Amani ubat demam homeopathy je lah. 

To be continued.......






 

1 comment:

My Life My World said...

Baru dapat sepenuhnya gambaran disini. Nasib baik Dato tu baik kan. Alhamdullilah. Moga Amani yang comel cepat sembuh. AMIN