Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 16, 2013

Family Vacation to The Legend Resort, Cherating


 Ahad (13 Oktober 2013) - Day 1

Hari ahad baru ni sebelum raya haji, aku ngan family kecik aku telah join mak abah and family adik aku pegi vacation ke Cherating. Actually, cuti2 ni memang unplanned sebab nya confirm pun masa hari jumaat. So, yg dapat join nye tak ramai. So, pepagi ahad tu, bertolak lah kitorang ke Cherating. But, before that singgah kat Tanjung Lumpur dulu nak gi makan seafood celup tepung.

Tapi, kedai yg kitorang selalu pegi tu tutup lah pulak. So, terpaksa berpuas hati dengan makan kat kedai Mok Nab. Ok jugak lah makan kat situ. Gambar memang tak sempat nak snap sebab semua dah serbu makanan kan sebab masing2 kelaparan.

Lepas makan, terus ke The Legend Resort, Cherating. Sampai2 tu semua lepak2 dulu kat dlm bilik. Abah booking villa. So, agak privacy lah daripada yg dekat bilik hotel tu. Lagi pun senang lah nak buat BBQ malam tu kan. Dah agak2 redup sikit cuaca tu terus masing2 tak sabar nak terjun pool. Amani pulak first time nak terjun pool. Hubby siap belikan pelampung baru lagi for Amani.








Actually, aku dah lama dah tak mandi swimming pool. Maksud nye tak excited nak swimming. Tapi, sejak ade anak ni, rasa excited giler nak pegi swimming. Maybe sebab excited nak bawak Amani swimming kot. 




Amani pulak mandi sampai menggigil2. Aku just bawak Amani mandi for 1 hour je sebab makin teruk pulak budak kecik ni menggigil. Actually, masa swimming tu, hubby aku lepaskan Amani menyelam dalam air for 10 - 15 seconds. Aku dah menggelabah dah takut Amani lemas ke ape kan. Sekali, aku tgk elok je Amani gerak2 kan kaki and tangan die kat dlm air tu macam gaya baby berenang. Sungguh ku terkesima. Rugi pulak tak ambik video. Bile die dah naik daripada air tu, die menangis tapi, bile hubby jolok2 mulut die, ternyata memang die tak tertelan air ke ape. Seriously, skrg ni baru aku percaya yg baby kalau nak berenang, kena ajar daripada awal. Nampak rileks je die berenang dalam tu. Even aku letak die kat dlm pelampung tu pun nampak die pandai gerakkan kaki die kat dalam air. 

Lepas swimming, terus balik villa. Then, malam tu ade BBQ. Gambar malam tu memang tak ambik satu hape pun sebab malas nak ambik. Hahahaha.

Isnin (14 Oktober 2013) - Day 2


Aktiviti we all hari ni ialah nak bawak Amani pegi lepak2 main pasir kat tepi pantai. Masa memula bagi Amani pijak pasir, die macam tak nak pijak. Maybe sebab geli ke ape. Then, bawak die gi main air laut. Masa memula rasa ombak kat kaki die tu die takut and die lari cari aku. Tapi, aku biase lah kan, anak menangis bukan nak pujuk, ambik gambar lagi ade. Hehehehe. 





Balik from beach, kitorang breakfast makan roti ngan maggi je pagi tu. Lepas makan semua rileks2 je. Then, dalam pukul 11 lebih, boleh pulak datang idea giler nak pegi swimming masa tengahari panas tu. Tapi, aku tak bawak Amani. Amani tinggal ngan ateh die kat Villa. Masa aku keluar nak swimming tu pun die dah mengantuk. Lagi satu, tak nak bawak die pegi swimming tengah2 panas ni takut kulit die gelap boleh? Hahahaha. Kulit ayah ngan mummy gelap takpe. Anak mummy a big no no ok. Hahahaa. 

Lepas swimming, terus bersiap sebab aku, hubby ngan Amani nak gerak balik Muadzam Shah, Pahang nak sambut raya haji kat rumah FIL aku.  Tinggal lah family aku beraya kat Cherating.

Good Bye Cherating
 
 

No comments: