Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 08, 2013

My birthday Celebration With Hubby and Amani

Hari sabtu hari tu birthday aku. So, dah cakap siap2 kat hubby, sila jangan bekerja on my birthday ok. Pagi tu bangun solat subuh. Then, lepas solat subuh tu we all anak beranak pun bermalas2an lah atas katil. Amani pulak lepas aku tukar pampers die, terus die sambung tido balik. 

Then, hubby cakap, berikut adalah conversation aku ngan hubby aku 

hubby : Jom pegi Melaka nak? 

 Aku : Melaka? Buat ape pegi Melaka? 

Hubby : Ade kenduri kawin member. Anak die kawin.

Aku : Boleh je. Pakai skirt boleh tak? Sebab malas lah nak pakai baju kurung nanti nak jalan2 lagi kan. (masa ni dah terbayang2 dah coconut shake ngan kuih keria limbungan tu) 

Hubby : Boleh je pakai skirt. Cepat lah siap. Nanti lewat pulak sampai.

So, aku dengan pantas nya gerak Amani ajak mandi. Amani pulak pagi tu elok pulak bile ajak mandi. Amani memang pantang sikit kalau org ajak makan ngan mandi. Memang die suka yg amat. Lepas dah siapkan Amani, baru lah aku pulak bersiap. Aku memang camni, kalau nak keluar, memang aku akan siapkan anak aku dulu. Pastu, ayah Amani pulak bersiap. Then, baru aku pulak yg bersiap. Aku selalu suruh ayah amani bersiap dulu bukan ape, nanti sementara aku tengah bersiap, boleh lah die melayan Amani tgk ikan kat kolam kan. Aku pulak jenis tak suka tunggu orang. Kalau org tunggu aku tak pe sebab aku bersiap kejap je tak lama. 

Lepas dah bersiap tu, mak tanya, nak gi mane? Aku jawab lah, nak pegi Melaka ade kenduri kawin. So, ok lah kan. Sekali, bile dah naik kereta, hubby aku cakap ape tau, macam malas pulak lah nak pegi Melaka. Hahahahahaa. Aku dah agak dah lah hubby aku ni mesti tak bersungguh nak pegi Melaka. Masa tu terus rasa punah harapan nak pegi makan coconut shake ngan kuih keria yg sedap tu. Hahahahahaha. Then, aku tanya hubby aku balik, kite nak pegi mane ni? Kite pegi breakfast dulu then, ikut u lah nak pegi mane. Wahhhhh, ini sudah bagus ni. Terus aku ajak hubby aku pegi Sunway Pyramid sebab kat situ ade maxis. Aku nak tukar line hp aku ni pada maxis. Nasib baik lah jugak aku tak pakai baju kurung. Kalau tak haru je kena tukar baju. Hahahaha. 

Before pegi Sunway Pyramid, pegi breakfast kat Warung Kak Lin dulu. Warung Kak Lin ni memang port aku ngan hubby breakfast lah setiap weekend. Aku seperti biase lah akan makan kuew tiaw hailam. Memang tak pernah miss order kuew tiaw hailam kalau makan kat Warung Kak Lin. Amani seperti biase lah, ayah die akan suap apam. Suka giler die dapat makan apam. 
 

Lepas dah habis breakfast, meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid pulak. Sampai Pyramid, Amani tido. So, aku suka hati lah kan sebab boleh jalan dengan senang hatinya. Letak je die dalam stroller. Skrg ni kalau keluar, bawak stroller tu untuk die tido je lah. Selebihnya, memang die nak berjalan je keje nye. Yer lah kan, orang baru dapat kaki. Nak berjalan je lah kan. Tapi, kalau die dah penat, nak jugak die dok dalam stroller tu. Aku bukan ape, malas nak ajar2 berdukung ni. Nanti jadi kebiasaan die. Bukan tak nak dukung weh. Anak kan mesti lah akan dukung jugak. Tapi, kalau fikir kan, sampai bile asyik nak berdukung je kan. Badan kecik macam skrg ni boleh lah nak berdukung2. Buat nye dah besar2 nanti nak berdukung jugak masak lah mummy ngan ayah kau ni Amani oiiii.

Tempat pertama di tuju ialah maxis. Masa ni, Amani dah start bangun dah. Steady lagi die dok dlm stroller die. Lepas dah settle kat Maxis, terus bawak Amani pegi playground. Layan Amani kat playground kejap je sebab ade bebudak besar pulak gi main kat situ. Aku tak nak lah bagi Amani main time bebudak besar main nanti di tolaknya Amani kan. Hahahaha. Aku memang paranoid sikit bab2 tu sebab anak aku ni dah lah kecik baru 8 kg weh. Tapi, suka beno nak main tempat org2 besar. Nak naik slide yg panjang je. Slide yg pendek tu tak di layan nye. Macam dah besar je awak ni Amani. 

Lepas tu, terus pegi jalan2 area ice skating rink. Tengok kejap2 je kat situ org main ice skating. Then, hubby tanya nak makan ape? Aku jawab ape2 je. Then, hubby ajak makan kat The Loaf. Aku order lasagne. hubby order mee udang. Hubby mane boleh makan western2 ni. Tak kena ngan tekak die. Aku pulak suka yg amat western. Memang beza lah aku ngan hubby aku. Amani pulak aku order mushroom soup. Banyak jugak die makan. Selebihnya hubby aku habis kan.


Lepas makan biase nye memang Amani nak milk. So, off we go to Baby's room. Lepas tukar Pampers and baju Amani, bagi die minum milk, ingatkan nak tido ke ape. Memang tak tido. Mesti die terlebih excited ni sebab shopping complex kan ramai org. Masa dalam baby room tu semua org nak di tegurnya. Lepas die main dengan one baby ni, mak baby tu letak baby tu atas stroller die, Sekali, Amani pun pegi kat stroller die nak duduk atas stroller die jugak. Fuhhhhh, kalau tak, puas paksa nak suruh dok atas stroller die. Ni die yg nak sendiri. Good girl lah Amani ni. Masa ni hubby  pegi solat Zuhur dulu, lepas hubby dah habis solat baru aku pulak solat. Kena take turn sejak dah ade anak ni.


Lepas tu, aku tgk2 Amani dah tertido dalam stroller die. Lagi senang aku nak bershopping lepas tu. Bukan shopping ape pun. Aku pegi masuk kat Daiso. Beli dua benda je pun. Then, hubby masuk Ace Hardware. Aku just tunggu kat luar je sebab tak minat aku ngan barang2 hardware ni. 

Kebetulan pulak hari sabtu hari tu pulak Nuffnang ade buat Nuffnang Foodfest. So, aku ngan hubby pun join lah Nuffnang Foodfest tu. Best lah event ni sebab dapat makan free. Tapi, hari tu sempat ambik makanan kat Waroeng Penyet, Nando's ngan New Zealand Ice Cream. Suka betul Amani dapat makan ice cream. Jangan kate budak2 je suka. Aku pun suka jugak kalau bab2 ice cream ni kan. Nak2 pulak die buat foodfest ni kat luar tetengah panas pulak tu kan. Lagi lah sedap makan ice cream kan.

 
 Dah settle makan kat luar, ajak hubby pegi beli Chatime pulak. Masa ni hubby lepaskan Amani daripada stroller die. Sakan lah minah tu berjalan. Bukan hubby aku nak jaga. Aku jugak lah yg kena kejar. Pastu, selamber je Amani masuk kedai orang pastu menyengih je. Anak anak.
Then, hubby pulak layan die berjalan. Bukan main anak beranak tu jalan berpimpin2 tangan tau. Jelas mummy ko ni nak. Mummy ni dah lama tak jalan berpimpin tangan ngan ayah Amani tau nak sejak ade Amani. Hahahaha. 

Lepas layan Amani berjalan tu, terserempak dengan Nadia. Tapi, tak sempat lah nak ambik gambar. Then, terus ajak hubby aku balik. Penat sangat keluar hari sabtu hari tu. Balik tu memang terus balik. Takde nak singgah2 makan ke ape. Dah tak larat rasa nya. 


Malam tu pulak dok melayan Amani je. (Bersepah giler je kat belakang tu kan. Maafkan je lah sepah2 tu sebab takde tempat nak sangkut kan. Hahahaha. Almaklum lah skrg ni aku dok rumah mak aku lagi. Bulan Januari ni baru nak start progress rumah baru kitorang).  Dok layan2 Amani, sampaikan makan pun tak. Hubby je yg keluar makan ngan mak abah aku. Aku malas nak keluar sebab Amani dah tido. Malam tu memang Amani tido lena betul sampai ke pagi. In between midnight tu takde die terjaga langsung pun. Maybe sebab penat seharian keluar kan.



 

No comments: