Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 10, 2013

Online Shopping

Hari ni aku nak bercerita pasal online shopping. Actually, online shopping ni aku bukannya suka buat pun masa dulu2. Dulu2 bagi aku macam leceh nak kena cek kat internet ape semua kan saiz baju ape semua. Aku prefer beli baju kat kedai je. Maybe sebab size badan aku yag besar ni yg buatkan aku tak suka nak online shopping kot. Takut nanti baju yg sampai kat aku tak muat lah ape semua kan. Sebab tu aku prefer beli kat kedai so that aku boleh try kat fitting room. 

Tapi, sejak aku tau aku mengandungkan Amani, nafsu nak online shopping tu menjadi2. Nak2 tgk baju baby yg cute2 terus buat aku geram. Bermula daripada situ lah yg aku jadi online shopper tegar. Saban minggu ade je parcel yg akan sampai kat ofis. Sampai member sebelah dok tanya, beli ape tu? Hahahaha. Dulu aku selalu lah beli rompers Amani yg pack2 tu kat online sebab aku rasa macam murah giler. Tapiiiiii, bile aku tau kat Kenanga Wholesale City lagi murah, aku dah stop dah beli rompers yg pack2 kat online. 

Sekarang ni, bile Amani dah besar dan dah pandai berjalan, mula lah penyakit online shopping mummy Amani ni menjadi2 bile tgk baju yg cantik2 kat website. Tapi, skrg ni, aku online shopping baju2 from online boutique je lah like Mothercare, Gymboree, Ralph Lauren. Maksudnya yg authentic je lah. Aku bukan lah memilih nak pakaikan Amani dengan baju2 yg authentic and from butik je kan. Tapi, aku rasa seller2 online ni jual memang harga murah daripada butik. So, aku grab je lah kan. Sebab baju2 ni di bawak terus daripada London, US semua kan. Kalau harga baju kat Butik kat Malaysia ni, aku pun tak beli. Buat ape nak beli kan kalau u boleh dapat harga yg lebih murah kan kalau u beli from seller kat internet ni. 

Skrg ni, aku agak giler lah membeli baju2 Amani from Gymboree sebab kalau sale, memang giler2 die punya murah. Seller yg jual Gymboree ni, kakak ipar aku yg kenalkan. Kalau nak order Gymboree boleh pegi kat FB The Mode Haus. Die memang ade ambik order Gymboree.  Yang Ralph Lauren ni pulak baru je try2 beli masa sales dalam website Ralph Lauren. Seller yg ambik order ni pun member FB aku yg kenalkan. Kalau nak beli baju or gaun daripada Mothercare or Debenhams & George, aku beli kat FB Qaseh Hannani. Setakat ni, alhamdulillah semua seller2 ni memang aku puas hati lah berurusan dengan diorang. Dan harus di ingatkan, kalau order baju2 from diorang ni, jangan lah expect sampai cepat ye. Paling cepat pun dalam masa 3 hingga 4 minggu lah. 

Setakat ni, 4 baju kat bawah ni aku tak dapat lagi lah.







 Then, aku selalu online shopping headband Amani. Aku memang daripada dulu selalu berangan kalau aku dapat anak perempuan aku nak kena gayakan anak aku ngan headband. Selalu kalau aku beli headband Amani, aku beli from online seller ni kat FB, Arissa Headband Resources. Memang semua headband Amani aku beli kat Arissa Headband ni.Aku suka headband yg simple je. Amy ni pun member FB aku yg kenalkan. So, setakat ni memang amat2 berpuas hati.

 Meh tgk Amani bergaya dalam dress dan headband yang aku beli from seller2 di atas ok.

Dress George from seller Qaseh Hannani


Flower Pickstitched Ruffle Romper Gymboree from seller The Mode Haus


 Headband from Arissa Headband


Baju Kurung from Arissa Headband


 Headband from Arissa Headband 




Mari lah semua kite beli baju anak2 kite semua dengan harga murah di online seller. Pesen aku macam ni lah. Nak pakaikan baju mahal kat anak tapi, kena pandai2 cari yg ade banyak diskaun. Yg takde diskaun aku pun tak nak beli. Bukan tak mampu nak beli kalau takde diskaun or beli kat butik. Tapi, selagi boleh berjimat, ape salahnya kite berjimat kan. Betul tak?

 

No comments: