Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 17, 2014

Amani and Car Seat

Hari ni mummy nak cerita pasal Amani dan car seat. Kalau ikutkan, Amani duduk dalam Car Seat ni seawal usia 3 bulan lagi. Beli pun sebab aku yg kena hantar Amani pegi rumah babysitter. Rumah babysitter pulak memang dekat ngan ofis aku kan. So, memang sangat2 perlu lah car seat. Ingat lagi masa Amani baby, die memang tak nak duduk kat carseat tu. So, ape aku buat nak bagi die duduk. Aku akan pastikan Amani betul2 kenyang minum susu masa duduk kat carseat tu. Kalau die lapar, memang die melalak je lah. Aku pernah bawak Amani dalam keadaan die menangis beriya2. Dah lah masa tu nak balik rumah dalam keadaan jem ape semua kan.

Dan lagi satu, aku akan pastikan mainan untuk Amani main dalam carseat tu banyak sebab Amani ni jenis cepat boring dengan satu2 mainan. So, masa die umur kurang daripada setahun hari tu memang aku akan mainan banyak2. Kalau die boring ngan satu mainan tu, die campak ke bawah, still ade mainan lagi. Tapi, lepas die dah setahun, die dah pandai dah. Tak payah ade mainan pun die ok dah. Tapi, kena ade lagu kat radio kereta. Ahahahahah. Aku siap download lagi lagu barney lah, ABC, twinkle2 litle star, itsy bitsy spider and banyak lagi lah. 









Kat atas ni antara gambar2 Amani kat dalam car seat. Pada mak ayah kat luar sane, jangan lah memandu dambil pangku anak2 ye. Memang lah anak kite tak nak duduk dalam carseat. Tapi, kalau aku, u nak ke tak nak u have to sit. No way aku akan pertaruhkan nyawa anak aku dengan pangku anak ku atas peha masa aku tengah memandu. Sangat2 bahaya ye.


 

2 comments:

ayahmamilisa said...

aku boleh kira ngan jari berapa kali je aku drive berdua ngan lisa sejak dua menjak ni..
susah nak lekat kat car seat si lisa ni..tanak berenggang langsung..huhu..good girl la amani :)

eyzzah said...

Tapi, Amani ni never say no kalau aku suruh dok kat carseat. Hahahaa. Maybe sebab aku garang kot. Hahahaha.