Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 17, 2014

Dinner Asasi 2014

Hari jumaat lepas telah berlangsungnya dinner Asasi untuk Sessi 2014. Aku salah seorang committee members lah untuk dinner tu. Aku bahagian tajaan. Hari jumaat tu, aku dapat balik awal. Balik awal bukan nye dapat balik terus ke rumah ye. Kena pegi bertugas kat dewan. Dinner diadakan di dewan Shah Alam Convention Centre. Dalam pukul 12.15 tengahari tu kitorang keluar ofis, terus menghala ke SACC Convention Centre. Lepas letak barang hadiah ape semua, terus kaki menghala ke Kompleks PKNS. 

Kat Kompleks PKNS, cari kedai makan dulu. Perut dah lapar mintak diisi. Lepas dah makan, terus pegi kedai ni beli kotak sebab nak letak hadiah untuk VVIP masa dinner nanti. Lepas tu, terus pegi kedai bunga pulak. Tapi, bunga tak siap lagi. Janji ngan Auntie kedai tu nak ambik pukul 5 petang. So, terus lah hala balik ke SACC Convention Centre. Nasib baik lah sebelah menyebelah je dewan ngan kompleks PKNS kan. Senang keje. 

Dah sampai dewan tu, kitorang bertapa pulak kat dalam dewan siapkan door gift untuk meja VIP. Letak tagging kat kerusi ape semua. Bile dah siap semua keje tu, pegi ambik kunci and barang2 semua baru lah boleh nak berehat kat dalam bilik. Alhamdulillah, Committee members dapat 2 bilik untuk kitorang berehat dan bersiap. So, tak payah lah terburu2 nak balik rumah ke ape kan. Naik bilik dan berehat lah kejap sementara nak tunggu sampai pukul 5 sebab nak ambik bunga tu kan. Dapat lah nak longgar2 urat badan kejap kan. So, dalam pukul 4 petang kitorang turun balik pegi dewan kejap. Then, terus pegi Kompleks PKNS nak minum petang. Kitorang makan kebab for minum petang. 

Lepas makan kebab, terus pegi kedai bunga. Kena menunggu auntie tu siapkan bunga pulak. Dalam pukul 6 lebih jugak lah baru gubahan bunga siap. Bergegas kitorang balik ke dewan nak anta bunga. Lepas tu, terus naik bilik dan bersiap. Lepas solat maghrib, terus bergegas ke dewan. Aku recycle baju masa adik aku kawin hari tu. Malas nak buat baju baru. 





   



No comments: