Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 13, 2014

Kenduri Kawin adik aku

Lama giler kot aku menyepi kan? Actually, takde ape nak cerita pun. Lagi satu, takde sape baca pun. Tu yg kunci terus blog tu. Life macam biase je. Takde ape yang menarik. Hari ni nak cerita pasal wedding adik aku baru2 ni lah. Aku memang masa adik aku kawin memang aku busy ke sana ke mari. Amani pun aku bagi adik aku Aisyah yg jaga. Nasib baik lah jugak Amani jenis tak kisah pun kena tinggal. Aku memang biase kan pun tinggal2 Amani and Amani bukan jenis nak memerap je ngan aku.

Kite straight to the point je lah eh.


10 Januari 2014

Malam ni malam nikah adik aku. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Pengantin lelaki pun dok kat Kampung Sebelah which is about 1 km je daripada rumah mak abah aku. So, takde lah kalut2 pengantin sampai lambat ke ape kan. Tema family members malam tu carca marba. Hahahaha. Nasib ler kan. Cuma aku, adik aku ngan mak aku je yg sedondon. Kain Jakel mari. Kate Amani anak angkat Jakel kan. Harus lah kain baju semua daripada Jakel kan. Mane lagi. Hahahahaha.












Malam nikah tu mak abah jamu tetamu dengan masakan from Bangkok, Thailand. Tukang masak memang bawak from Bangkok. Kawan Abg sedara aku. Licin ok tomyam udang malam tu. Sedap sangat. Malam tu semua tido awal sebab esok nye pulak kenduri. 


11 Januari 2014

Hari ni pulak majlis kenduri adik aku. Seawal pukul 9 pagi aku dah siap2 mandi ape semua dah sebab tukang make up dah sampai nak make up muka aku ni. Tak menahan tu siap panggil make up artist kan. Alaaaa, bukan selalu pun nak melawa kan. Hari ni je pun panggil make up artist nye. Aku, adik aku, kakak ipar aku ngan mak aku di solek oleh make up artist ni. Alaaaa, kebetulan die buat promotion murah kan. Tu yg aku grab jugak tu.

By 12 pm tu memang aku dah siap2 lah nak sambut tetamu ape semua.

 Pelamin of the day

 Model cilik of the day




Baju Amani ni ade cerita tersendiri. Aku hampir2 jugak lah menggelabah di sebabkan oleh baju Amani ni. Baju ni aku beli from website Carters. Almaklum je lah kan bile beli ngan website Carters ni kena tungu dalam masa 2 atau 3 minggu baru sampai ke Malaysia. Alhamdulillah, lagi 2 hari nak kenduri baju ni selamat sampai kat tangan aku. Kalau tak sampai, dah jadi satu hal pulak nak kena pegi cari dress lain untuk Amani. 








Papan tanda arah jalan ni memang nostalgia habis. Memang abah aku simpan daripada abg aku yg pertama kawin sampai lah ke adik aku yg kelima kawin. 

Thanks pada semua rakan taulan yg sudi hadir. Thanks pada Dee sebab sudi hadir majlis adik aku. Sorry sangat2 lah sebab masa ko dtg tu tak sempat nak bergambar ngan ko sebab anak aku dah restless sangat2 dah mintak nak susu.  



 

1 comment:

ayahmamilisa said...

hehe..sama2 nina..:) takpe..faham..aku pon datang lewat kan..hahaha~