Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 26, 2014

Sydney Day 2 - Blue Mountain and Darling Harbour

Masa hari kedua kat Sydney ni, we all dah bangun awal2 pagi lagi bersiap. Makanan yg nak bawak pegi Blue Mountain pun mummy dah siap2 masak malam tadi lagi sebab takut tak sempat nak masak pagi ni. Pagi ni just bungkus2 je lah masuk Plastik. Bawak makanan sendiri dalam backpack masing2. 

We all pegi Blue Mountain ni naik train. Memang jalan sendiri2 je tak pakai tour guide pun. Adik mummy yg terror rancang perjalanan ape semua. Die lah yg rajin baca map sebelum nak pegi ni. Die jugak lah yg pilih apartment yg we all duduk ni. Memang dekat sangat2 dengan train station about 500 meter je. Memang kena ambik yg dekat ngan train station and bus stop or tram sebab we all ade orang tua and budak kecik yg nak kena handle.






 Train kat sane memang best sebab semua train die dua tingkat. Lagi satu, kan mak mummy pakai wheelchair kan. Pekerja2 kat station keretapi diorang memang sangat2 efisyen. Masa kat tingkat atas masa lepas gate yg touch n go tu, diorang tanya we all nak pegi mane? So, we all bagitau die we all nak pegi tempat sekian2. Die dah siap call orang kat platform dah suruh standby ramp untuk naik daripada platform ke train. Dan orang2 kat sane sangat2 peramah. Suka sangat.

Masa dalam train ni, Amani tido je. Dah nak dekat sampai baru lah die bangun. 


Bile minah kecik ni dah bangun, tau je lah kan mane nak duduk diam. Nasib baik we all naik train ni bukan kat quiet carriage. Kalau kat quiet carriage memang lah dah kena jeling2 ngan orang kan sebab Amani bising. Perjalanan mengambil masa 2 jam lah jugak baru lah sampai ke Katoomba. 

Masa sampai kat Katoomba tu, cuaca kat sane memang sejuk giler lah. Suhu dalam 12 darjah celcius. Memang sejuk lah kan bagi mummy. We all sampai kat Katoomba tu kena pulak tunggu bas untuk ke Blue Mountain. 












 Three Sisters
 Our version of Three Sisters


Masa kat Blue Mountain we all bukak bekalan untuk makan tengahari. We all masak lauk sardin and telur goreng. Sedap weh makan masa ni sebab sejuk dan lapar. Sampai kan Amani pun makan habis sebungkus nasi. 






Lepas spend masa beberapa jam kat Blue Mountain, we all lepak minum coffee pulak kat dalam coffee shop ni sementara nak tunggu bas sampai. Sambil2 tu, membeli souvenir coin ni untuk kenangan.



Lepas dah puas menunggu bas, minum coffee, bertolak lah kitorang ke station keretapi Katoomba sebab nak mengejar train nak ke bandar. Masa tu mummy punya lah berlari and tak sedar diri ni pregnant. Nasib baik adik mummy ingat kan, eh awak tu pregnant. Jangan nak lari2. Hahahaha. Alhamdulillah sempat kejar train yg sepatutnya. Kalau tak sempat tadi kena tunggu lagi satu jam. 

Dalam train pulak, boleh pulak kitorang tersalah masuk carriage. Kitorang termasuk kat quiet carriage. Nasib baik masa tu Amani tido. Tapiiiii, tak lama lepas tu die boleh bangun. Wawawawa, mummy ni rasa nya muka dah tebal habis ni menahan malu sebab Amani buat bising dalam quiet carriage tu. Nasib baik lah auntie2 and uncle2 dalam quiet carriage tu sporting tak marah2 pun. 

Ini lah budak yg buat bising dalam quiet carriage tu. Kecik besar kecik besar je mummy tengok awak nak masa tu. Hahahaha.

Sampai kat town, singgah pulak bergambar katQueen Victoria Building. Bergambar je lah yg mampu. Nak berjalan kat dalam tak sempat sebab nak kejar nak balik apartment nak solat zuhur. Takpe, dekat je ngan apartment anytime boleh singgah.






Balik apartment, lepas solat zuhur and asar, semua dah cam terbongkang tido kepenatan. Lepas maghrib we all bersiap sebab nak pegi naik tram ke Darling Harbour. Masa ni Amani tak ikut sebab malam sian kat die nak tido ape semua kan. Mak aku tak ikut sebab tak larat nak ikut. So, Amani tinggal ngan wan malam tu. Before pegi Darling Harbour, we all dinner dulu. Lepas dinner baru we all jalan ke tram station and naik tram ke Darling Harbour. 






Masa kat Darling Harbour memang just lepak2 ambik gambar je sebab dah malam kan so, macam takde ape sangat. Tapi, memang cantik lah tempat die. Siap ade playground ape semua untuk budak2. Memang ingat nanti2 nak bawak Amani main kat playground tu tapi sampai ke sudah tak bawak. Hahaha. Sian Amani. Cuaca malam tu memang best lah sejuk je. So, bile jalan2 pun best lah. 

Tapiiiiii, masa otw balik ke apartment, they all decided untuk jalan kaki balik apartment sebab tram dah takde dah waktu we all nak balik tu. Adoiiii lah, rasa nak nangis mummy masa tu sebab dah lah dengan pregnant, pastu dengan badan yg dah sedia besar ni kan, kena pulak jalan kaki jalan pulak berbukit. Rasa menyesal giler ikut diorang pegi Darling Harbour. Hahahaha. Macam2 mummy ni. Mengada sungguh. Kena jalan sikit dah meroyan dah. 

Jalan nak balik apartment tu memang dekat je sebenarnya tapi sebab berbukit tu yg mummy rasa jauh. Bile dah sampai kat apartment lega je rasa. Malam tu tido dengan keadaan yg sakit giler kaki. 

To be continued to day 3.......

No comments: