Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 01, 2014

4th ANC : My Twin Baby Week 12

Alhamdulillah, jumaat lepas, mummy pegi ANC ngan Dr Wan Sabrina kat Klinik Soraya. Seperti biase lah bile dah sampai kat Klinik nak kena ambik berat and check air kencing ape semua kan. Bile time timbang berat je, mummy terkejut sebab berat mummy bukan nye naik. Tapi, berat makin turun pulak. Bukan lah banyak sgt turun nya. 500 gram je. Hahahaha.

Bab menunggu pulak lama nye bukan main sebab aku nak jumpa dengan Dr Wan Sabrina kan. Patient die memang ramai pastu kalau jumpa bukan kejap2. Mesti sorang tu dalam nak dekat 15 minit ke setengah jam. So, redha je lah. Amani ngan Ateh yg temankan mummy pagi tu sampai tertido2 menunggu giliran.



Bile sampai je giliran mummy jumpa doktor, maka masuk lah mummy dalam bilik doktor. Masuk2 bilik doktor check tekanan darah semua ok. Tapi, kencing je tak ok. Doktor kate kotor sikit lah. Lepas tu Doktor tgk result darah mummy pulak. Dah HB mummy pulak rendah. Patut lah lately ni asyik letih je rupanya HB rendah.

Lepas dah check semua tu, masa untuk scan. Memang daripada first pregnancy, time nak scan memang masa yg mummy suka sangat2 sebab mummy boleh tengok baby2 mummy. Tapi, mummy terkilan sangat sebab mummy lupa nak record dlm hp mummy lah. Nanti2 lah mummy buat ye.

Syukur Alhamdulillah baby2 mummy sihat duduk dalam rahim mummy. MasyaAllah, rasa seronok sangat masa scan tadi nampak dua2 baby sebelah menyebelah. Nampak denyutan jantung dua2 baby mummy. Harap duduk dalam rahim mummy, makan kongsi2 and jangan berebut2 ok. Mummy sayang dua2 anak mummy. Kakak Amani pun mummy sayang jugak. Kakak Amani tgk kat screen masa doktor scan perut mummy tadi, siap tanya, ape tu? Ape tu? Kakak Amani tak faham lagi.

Then, lepas scan tu doktor cakap kat mummy die nak refer mummy ke doktor pakar terus. So, mummy ambik keputusan untuk refer ke doktor pakar kat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan terus. Senang sebab nanti2 mummy nak bersalin kat sane jugak.




So, bergegas lah mummy, Ateh ngan Amani ke Hospital Mizan kat Wangsa Maju sebab nak ambik appointment. Kalau nak tunggu hari isnin baru nak ambik appointment memang tak lah kan sebab dah kebetulan dpt mc hari ni. Baik settle kan hari jumaat baru ni. Kalau nak gi ambik hari isnin nanti silap2 kena ambik cuti lagi. Cuti dah lah tak banyak.

Sampai kat Hospital Mizan, terus pegi kat kaunter O&G alhamdulillah urusan semua smooth je and mummy dapat appointment 10 Disember 2014 nanti. Harap2 ayah free lah masa 10 Disember nanti and boleh teman mummy pegi check up. Kesian pulak kat Ateh kalau nak kena teman mummy lagi kali ni.






Lepas dah dapat appointment, hajat nye nak singgah ke Aeon AU2 sebab ateh nak makan Sushi tapi, mummy dah tak larat sangat2 dah. Terus je balik rumah but before that singgah makan kat Ruen Thai Saujana Utama.


No comments: