Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 19, 2016

In Loving Memory of my Atok Ha


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Innalillahiwainailaihirajiun. Alfatihah!!


Pulang ke Rahmatullah seorang insan yang amat kami sayangi dan sanjungi Azhar Mohd Awi atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ha.

Semoga roh Allahyarham Tok Ha dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang soleh.

Sedih, mmg sedih tapi kami sekeluarga redha dengan pemergian atok. Aku bersyukur, tuhan memberi peluang kepada aku sekeluarga untuk menjaga atok. Aku antara orang yg last dapat berjumpa dengan atok pagi sebelum atok meninggal. In fact, masa atok naik ambulance tu aku dan Maryam ade sekali masa tu. Sebab tu skrg ni kalau aku tanya Maryam mane atok wan die mesti Maryam jawab, atok wan dah meninggal. Kan mummy nangis hari tu. Tapi, nanti atok wan balik. Atok wan pegi sekejap je. Die mmg ingat atok wan die pegi hospital je kot. 

Pagi sebelum atok meninggal, mak call aku mintak aku datang rumah sebab time ni lah nak jumpa atok. Kalau atok dah warded nanti aku susah nak jumpa sebab susah nak masuk wad nanti dengan anak2 semua kan. Mula2 mmg aku tak nak pegi rumah mak dengan alasan dah jumpa atok dah malam sebelum atok meninggal tu. Tapi, tak lama lepas tu, gerak hati aku berubah. Aku pegi jugak rumah mak sebab dok fikir macam mak cakap tu lah. Nanti susah nak jumpa atok kalau atok aku warded. Maka, berangkut lah aku anak beranak semua ke rumah mak nak jenguk atok aku. 

Masa ambulance sampai, abah ngan mak panggil atok suruh bersiap untuk naik ambulance. Masa tu, atok boleh bangun lagi dan atok cakap nak buang air besar. Alhamdulillah, atok pegi toilet sendiri ape semua. Even, basuh sendiri and flush toilet sendiri pun. Tapi, masa nak naik ambulance tu atok aku nampak sedikit keletihan sampai die terduduk kat atas tangga. Lepas tu, terus atok diangkat masuk ke dalam ambulance. Masa dalam ambulance lagi aku tgk atok mmg dah susah nak bernafas. Masa tu mak ikut naik ambulance untuk bawak atok ke Hospital Mizan. Tapi, tak lama lepas tu we all dapat msg kat whatsapp abah bagitau atok telah pergi meninggalkan kami semua pada jam 11.20 pagi 13 April 2016 sehari sebelum anniversary mak abah yg ke 41 semasa dalam perjalanan ke hospital di samping mak aku. 

Aku terkilan kerana aku tak peluk atok aku lama2 masa tu. Aku terkilan sebab aku tak mintak maaf dengan atok aku masa tu. Andai aku tahu, aku ingin peluk lama2 tubuh atok aku. Aku ingin kucup tangan atok aku mohon maaf di atas segala dosa2 aku pada dia. Aku berdoa Semoga roh Allahyarham Tok Ha dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang soleh.

Baru lah aku tahu perasaan rindu yang paling sarat ialah rindu kepada insan yang telah pergi buat selamanya. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Al-fatihah.



No comments: